Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ngeri… ‘Telur’ Tersepit Di...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang lelaki berhadapan dengan detik paling ngeri dan memalukan dalam...

Tak Boleh Guna Lambang...

KUCHING : Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan lambang dacing...

Bayi Menderitai Kanser Tisu...

KOTA BHARU - Seorang ibu sarat mengandung berdepan dugaan berat apabila bayi perempuannya...

Penyelenggara Cederakan Peniaga Didenda...

KUALA LUMPUR – Seorang penyelenggara pendingin hawa didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di...

Azmin Punyai Kelebihan, Rafizi Mendapat Restu Anwar?

CALON Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli boleh dikatakan sudah menjelajah di seluruh negara bagi memperkenalkan pasukannya yang akan bertanding di semua peringkat jawatan dalam pemilihan parti itu bermula 14 September ini.

Di setiap majlis yang disertainya itu, Rafizi menjelaskan visi dan misinya mengapa perlu dibentuk barisan baharu di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden selepas ini.

Jika dilihat, Rafizi mempunyai sokongan yang kuat khususnya di peringkat akar umbi namun pesaingnya yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mempunyai keupayaan untuk kekal sebagai orang nombor dua parti.

Bagi pemerhati politik mereka melihat pemilihan kali ini bakal memberi gambaran mengenai hala tuju PKR selepas ini sama ada memilih kepemimpinan yang ada atau ingin menyaksikan perubahan dengan memilih Rafizi sebagai Timbalan Presiden.

Di atas kertas, Mohamed Azmin dilihat mempunyai kelebihan untuk mengekalkan jawatan kerana kekuatannya sebagai pemimpin berpengalaman di dalam parti selain terbukti kemampuan sebagai menteri kanan dan Menteri Besar sebelum ini.

Sememangnya daripada segi populariti Mohamed Azmin mengatasi Rafizi tetapi jangan dipandang rendah kemampuan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kerana berkemungkinan beliau mendapat restu daripada Anwar bagi mengisi jawatan tersebut.

Jika pengaruh Anwar dengan disokong oleh anaknya, Nurul Izzah yang berada di dalam kem Rafizi untuk melihat perubahan itu, Rafizi mungkin tidak bermasalah untuk menewaskan Mohamed Azmin.


Buat masa ini, Anwar dilihat berada di tengah-tengah antara dua pemimpin tersebut dengan tidak memihak kepada sesiapa.

Seorang pemerhati politik yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, Mohamed Azmin dilihat masih mempunyai kelebihan kecuali jika Anwar menggunakan pengaruhnya untuk melihat kemenangan Rafizi.

Daripada satu sudut, beliau juga percaya jika Mohamed Azmin tewas di dalam pemilihan kali ini tidak akan menjejaskan peranannya sebagai menteri kanan melainkan jika berlaku pertukaran Perdana Menteri.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pertembungan yang dijangka paling sengit dalam sejarah parti itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori