Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agong Tak Terima Senarai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong...

Permohonan Semakan Daftar Pemilih...

KUALA LUMPUR - Permohonan semakan kehakiman oleh 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya...

Dimamah Ulat, Tahan Sakit,...

PUTRAJAYA - Walaupun dimamah ulat dan terpaksa menahan kesakitan dan rasa lapar selama...

Bangunan Sebuah Sekolah Rendah...

KOTA KINABALU ā€” Seluruh bangunan sebuah sekolah rendah di Ranau yang menempatkan pejabat...

‘Azmin Tidak Dipinggir, Semua Kem Anwar’

PETALING JAYA – PKR sebulat suara menerima pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, semua pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dipinggirkan dalam membuat keputusan berkenaan.

“Anwar sebut sekarang semua ‘kem Anwar’. Saya hendak sebut bahawa apabila sejumlah Ahli Parlimen menawarkan kerusi, beliau (Anwar) tidak tanya dari kem mana.

“Akhirnya, proses rundingan bermula dan semalam kita bentang kepada Biro Politik dan semua anggota berpeluang memberi pandangan dan keputusan dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan mengosongkan kerusi berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Anwar berpeluang menjadi Ahli Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) dan seterusnya menjayakan rancangan Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkatnya sebagai Perdana Menteri kelapan.

Yang turut hadir, Naib Presiden PKR, Dr A Xavier Jayakumar dan Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Sementara itu, Rafizi berkata, keputusan Anwar memilih kerusi Parlimen Port Dickson dan bukan Parlimen lain bukan kerana bimbang tidak mendapat sokongan pengundi Melayu, sebaliknya adalah untuk memenuhi konsensus dicapai Pakatan Harapan (PH).

“Maka, dalam membuat keputusan, sudah tentu kami mengambil kira semua perkara dan bila keputusan dicapai kami percaya fokus kami untuk turun bantu kemenangan beliau.

“Malah tiada penolakan undi di kawasan Melayu ,” katanya. – BH Online

Kategori