Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor Lawat Fasiliti...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melawat...

Raja Muda Risau Ancaman...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bimbang dengan ancaman penipuan di Internet sehingga ada mangsa yang...

Tangan Cetakan 3D: Beri...

SUNGAI PETANI - Kira-kira 24 tahun lalu, kehilangan tangan kirinya, membuatkan Ahmad Mustaffa,...

‘Title’ Ratu Cantik Malaysia...

BERITA duka buat Miss Malaysia World 2016/17, Tatiana Kumar Nandha kerana gelaran ratu cantik...

Banjir Kilat Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di pusat bandar dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.

Paras air yang tinggi di kawasan Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen menyebabkan beberapa kenderaan terkandas, sekali gus berlaku kesesakan jalan raya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pengguna jalan raya dinasihatkan melalui Jalan Parlimen bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Maharajalela (berhampiran Stesen Monorel) dan Jalan Pudu turut terjejas akibat banjir.

“Kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa kawasan yang dinaiki air. Oleh itu pengguna dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan berkenaan,” katanya.


Sementara itu banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Rawang menuju ke Bandar Country Homes dan Bandar Tasik Puteri, Rawang bermula jam 5 petang tadi.

Hujan lebat menyebabkan paras sungai berhampiran AEON Rawang meningkat sebelum menenggelamkan jalan sedalam lebih 0.4 meter.

Akibatnya berlaku kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua hala. – BH Online

Kategori