Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kasihan.. Ibu Lahirkan...

Dalam kekalutan menghadapi banjir, bermacam-macam perkara tidak dijangka boleh berlaku.Rakaman video ini, antara...

Media Sosial Jadi Kawan...

WANITA ini, Liu Ying, 48, hidup dalam kesunyian akibat ketumbuhan di mukanya hinggakan...

3 Lelaki Sumbat Lembu...

KUANTAN - Cubaan tiga lelaki untuk mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat...

Undang-Undang Perlu Untuk Elak...

KUALA LUMPUR ā€“ Koc Merah Jambu, koc khas yang diperuntukkan hanya kepada penumpang...

Bapa Saudara Dicekup Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara

JOHOR BAHRU – Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.

ā€œKetika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

ā€œSetelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,ā€ katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek.

Mohd Taib berkata mangsa memberitahu bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan mendapat kebenaran ibu bapa mangsa.

ā€œKejadian seperti itu merupakan kejadian kali kedua,ā€ katanya lagi.


Suspek yang sudah berkahwin itu, mempunyai tiga anak berusia 25 tahun hingga 28 tahun.

Dia kemudiannya direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 20 Sept ini.

Mohd Taib berkata kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 376A Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori