Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Baju Hitam Laris Di...

BANGKOK - Pakaian berwarna hitam menerima permintaan tinggi dan dilaporkan kehabisan stok selepas...

JAIM Cadang Beri Notis...

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada umat Islam di...

Jerebu: 3 Sekolah Di...

SHAH ALAM - Sebanyak tiga sekolah di Johan Setia, Klang dekat sini diarah...

Pekerja Kolam Udang Maut...

PARIT BUNTAR - Seorang pekerja kolam udang dan ikan maut selepas terkena renjatan...

Bas Ekspres Terbabas & Terbalik Dekat Yong Peng

BATU PAHAT – Enam belas penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki terbalik dalam satu kemalangan di KM89.1, Lebuh Raya PLUS arah utara, dekat Yong Peng, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt KS Mender Singh berkata kemalangan berkenaan yang berlaku pada jam 1.20 pagi, turut membabitkan sebuah kereta.

Katanya, siasatan awal menunjukkan kemalangan itu berlaku apabila bas yang dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan terbabas, yang kemudiannya terbalik serta menghalang lalu lintas.

“Dalam masa yang sama sebuah kereta dari arah yang sama cuba mengelak bas berkenaan, namun kereta itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mender, akibat kemalangan berkenaan, pemandu bas dan empat penumpang dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan manakala penumpang lain hanya cedera ringan dan dirawat di tempat kejadian.

Katanya, semasa kejadian keadaan cuaca adalah baik namun lokasi itu gelap dan merupakan jalan lurus yang mempunyai empat lorong dua hala.


“Kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes terbabit masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori