Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Haram Beri Zakat Kepada...

HARAM diberikan zakat kepada mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan malas...

7 Makmal Laksana Penjujukan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19...

Malaysia Alami Cuaca Panas...

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga...

Penjual Ayam Didakwa Bunuh...

IPOH - Seorang penjual ayam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

‘Bayi Ajaib’ Selamat Selepas Disengat Kala Jengking

SEORANG bayi berusia tiga hari terselamat selepas disengat oleh kala jengking kuning apabila haiwan berbisa itu didapati bersembunyi di dalam salah satu lampin pakai buang bayi tersebut.

Ibu kepada bayi malang itu, Fernanda Ferreira hanya menyedari tentang perkara tersebut apabila bayinya lemah secara tiba-tiba dan buih mula keluar daripada mulutnya.

Ferreira bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi bayinya.
Setibanya di hospital, doktor menemui kala jengking tersebut di dalam lampin dan masih tersekat di tali pusat bayi berkenaan serta dipercayai telah menyengat bayi itu sebanyak tujuh kali.

“Keadaan Sofia sangat lemah ketika itu. Dia tidak mahu menyusu dan sukar untuk bernafas.

“Saya tidak tahu bahawa ada kala jengking di dalam lampinnya,” kata Ferreira.

Pakar pediatrik yang menjaga Sofia ketika itu terkejut apablila menemui kala jengking yang masih hidup di tali pusatnya.


Ferreria mengesyaki kala jengking tersebut merangkak masuk melalui longkang di dalam bilik air rumahnya dan memanjat ke almari tempat lampin bayinya itu disimpan.

“Saya dan suami menangis kerana kami yakin anak kami akan mati,” kata Ferreria.

Kala jengking kuning merupakan jenis spesies yang paling bahaya di Brazil dan telah mengakibatkan 184 kematian di Amerika Selatan pada 2017. – Daily Mail/mStar Online

Kategori