Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Kren Mengaku Tidak...

NIBONG TEBAL - Seorang pemandu kren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Wanita Jadikan Plasentanya Sebagai...

'KEMBANG tekak' apabila melihat wanita ini menjadikan plasenta sebagai air dan diberikan kepada...

Pelajar Malaysia Maut Di...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar rakyat Malaysia ditemukan maut di The Serpentine Lake,...

Johor Rekod 12 Kematian...

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan sebanyak 12 kematian akibat demam denggi setakat 2...

Bayi Terperangkap Dalam Kereta

GUA MUSANG – Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan terperangkap di dalam kereta hampir sejam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R), Rantau Manis, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Zafrieyl Danish Zulfahmey berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba yang bertindak mengumpil pengunci kereta Proton Satria Neo menggunakan alat khas.

Kejadian berlaku pada jam 6.40 petang, ketika ibu bapa bayi itu yang berusia 25 dan 27 tahun berhenti rehat di R&R ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Zafrieyl Danish dikatakan sedang tidur di tempat duduk belakang dan secara tiba-tiba kereta itu terkunci sebaik ibu bapa bayi itu keluar dari kereta berkenaan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Hasri Husin, berkata pasangan suami isteri itu terkejut apabila kereta itu terkunci dengan sendiri sebaik mereka keluar dari kereta itu.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 petang dan lapan anggota diketuainya dirinya bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, bayi terbabit masih tidur dan ibu bapanya bersama orang ramai mencuba untuk membuka kereta itu tapi tidak berjaya.

“Kami mula menjalankan operasi pada jam 7.13 malam dan berjaya menyelamatkan bayi terbabit dalam masa 10 minit dengan mengumpil kunci bahagian pemandu kereta terbabit,” katanya. – BH Online

Kategori