Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Fizz Fairuz Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari memberi tempoh permohonan maaf kepada pengendali akaun...

Roti Canai Malaysia Popular...

NEW YORK - Kelembutan dan kerangupan roti canai yang dibawa khas dari Malaysia...

Dewan Rakyat Bincang Usul...

KUALA LUMPUR - Usul mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berhubung...

SUV Pertama Proton Hanyalah...

HARAPAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama milik Proton Holdings...

Beg Sekolah Pun Nak Curi!

JOHOR BAHRU – “Mohon pulangkan balik beg sekolah anak saya,” demikian rayuan Nor Hasyimah Md Hashim selepas cermin belakang kereta Hondanya dipecah dalam kejadian di Jalan Mariamah di sini, Rabu lalu.

Kakitangan sebuah bank di Johor Bahru itu dalam laman Facebook berkata tiada barangan bernilai hilang dalam kejadian itu melainkan dua beg sekolah anaknya.

“Kereta saya kena pecah di Jalan Mariamah Johor Bahru berhadapan Kondo Vista Height. Tiada barang berharga yang hilang cuma mohon pulangkan balik beg sekolah anak saya,” katanya.

Katanya, dia meminta jasa baik mana-mana individu supaya memulangkan semula beg sekolah anaknya itu.

“Dalam beg penuh buku sekolah saja. Jika ada terjumpa beg berisi buku Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim mohon letak saja di pondok pengawal sekolah,” katanya.

Terdahulu tular mengenai perkongsian kejadian pecah kereta dikongsi wanita berkenaan di media sosial sejak Rabu lalu membabitkan kehilangan dua beg milik anaknya itu.


Wanita terbabit turut berkongsi empat gambar kereta Honda CR-Z Hybrid dengan setiap gambar memperlihatkan keadaan cermin belakang kereta yang dipecahkan pencuri.

Perkongsian kejadian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang memberikan kata positif supaya wanita itu bersabar, selain menasihatkan orang ramai berhati-hati.

Antara yang mencuri tumpuan adalah komen seorang netizen menamakan Amy Aziz yang mengingatkan orang ramai tidak leka.

“Sekarang ni memang tidak boleh leka. Plastik beg pun mereka sanggup pecahkan,” katanya. – BH Online

Kategori