Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Tulang Manusia...

KAMPAR - Polis mengesahkan beberapa serpihan tulang yang ditemui di sekitar Gua Kandu...

27 Kampung Di Daerah...

KOTA KINABALU - Sejumlah 27 kampung di daerah Beaufort dinaiki air berikutan hujan...

IWK ‘Hargai’ Pelanggan Hantar...

SYARIKAT Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) merupakan syarikat terkemuka yang diamanahkan untuk...

Jabatan Imigresen Tawau Tahan...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Bekas ADUN Tahan Meninggal Dunia Di Sri Lanka

JERANTUT – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Sri Lanka petang tadi.

Wan Amizan, 46, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Colombo, Sri Lanka beberapa jam selepas doktor selesai mengambil sampel untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.

Menurut sumber, beliau mendapat panggilan mengatakan Wan Amizan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang ini (waktu Malaysia).

Katanya, Wan Amizan bersama tiga pembantunya berlepas ke Sri Lanka Selasa lalu untuk menjalani pemeriksaan perubatan di sana.

“Isteri dan anak-anak Allahyarham berlepas ke Sri Lanka jam 9 pagi tadi sebaik sahaja mendapat maklumat tekanan darah Allahyarham menurun dan berada dalam keadaan tidak stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merupakan ADUN Tahan selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Bagaimanapun pada PRU14, Wan Amizan gagal mempertahankan kerusi itu yang dimenangi calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dengan majoriti 1,090 undi. – BERNAMA

Kategori