Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Daerah Di Sabah...

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memberitahu sidang Dewan Undangan...

71 Sembuh, Tiada Kematian,...

TIADA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Wow.. Cara Delevingne Ada...

MENAKJUBKAN.. bukan sahaja boleh berlakon dan modelling, Cara Delevingne memiliki bakat lain yang sama...

Penyelam Maut Disengat Pari...

SINGAPURA - Seorang penyelam mati selepas disengat ikan pari di akuarium Underwater World...

Bekas Pemain Bola Perak Ditahan Kes Samun

IPOH – Polis menahan dua lelaki termasuk bekas pemain bola sepak Perak berusia 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata sejak Februari lalu.

Pemain itu bersama rakannya yang berusia 33 tahun diberkas dalam serbuan berasingan di Taman Klebang Jaya, Chemor antara pukul 11.45 malam hingga 1 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas empat telefon bimbit, sebuah motosikal dan sebatang besi.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Mohd. Ali, dalam kejadian di Jalan Kamarudin Isa, 2 Februari lalu, dua wanita berusia 20 tahun didatangi dua lelaki bermotosikal yang mengacukan pisau dan melarikan beg tangan mereka.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,340 ekoran kehilangan dua telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.


“Kedua-dua mangsa tidak cedera dalam kejadian itu dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat CCTV namun gambarannya tidak jelas,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, seorang pelajar berusia 23 tahun luka di siku dan lutut selepas ditolak dua lelaki bermotosikal yang melarikan beg tangannya.

Kejadian di Jalan Leong Kin Seng itu menyebabkan mangsa kerugian hampir RM4,000. – UTUSAN ONLINE

Kategori