Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cikgu Tak Prihatin, Buat...

Menghidap penyakit ganjil dan boleh membawa maut bukanlah kehendak kanak-kanak ini namun pastinya...

DAP Sudah Serah Surat...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Disiplin DAP mengesahkan telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada...

Pengasuh Hentak Bayi Ke...

GEORGETOWN - Tampar kepala dan hentak bayi ke lantai, itu antara perbuatan seorang...

Gambar: Solat Hari Raya...

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri khas buat pembaca Mynewshub!Di raya pertama ini, perut kami...

Belum Ada Pemimpin UMNO Keluar Parti Sertai PH

PUTRAJAYA — Tiada bekas pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Harapan (PH) setakat ini, kata Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata PH belum membuat mesyuarat untuk meneliti sama ada menerima atau menolak bekas pemimpin UMNO yang keluar parti.

“Kita belum dapat permohonan (bekas pemimpin UMNO menyertai PH),” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas berhubung tindakan dua pemimpin Umno yang bertindak keluar parti sejak semalam.

Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri yang juga anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan meninggalkan UMNO manakala hari ini bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut berbuat demikian

Sebelum itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita DAP Hannah Yeoh menyifatkan tindakan pemimpin politik keluar masuk parti adalah perkara biasa apabila agenda dan hala tuju parti itu sudah berubah.

“Persoalan sekarang adalah bila KJ (Khairy Jamaluddin) akan keluar (parti)? Beliau dilihat kuat mengkritik.


“Selain itu, apabila pihak pembangkang keluar parlimen (Julai lalu), yang tinggal dalam dewan adalah Anifah dan Khairy sahaja. Kita sudah lihat hala tuju sudah berbeza,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Sementara itu, Dr Wan Azizah mengakui beliau dan keluarga telah mencagarkan rumah mereka yang terletak di Bukit Segambut untuk menyediakan dana mencukupi ketika PKR membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .

“Kita ada cara-cara untuk menghadapi pilihan raya. Salah satunya adalah buat cagaran (rumah),” katanya apabila diminta mengulas dakwaan calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli bahawa timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali gagal membantu parti itu menyediakan dana menghadapi PRU14.

Dr Wan Azizah sebaliknya menafikan dakwaan tersebut, dan berkata Azmin turut membantu, bagaimanapun beliau tidak mengulas bentuk bantuan tersebut. – BERNAMA

Kategori