SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan menguatkuasakan bayaran caj pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) yang mana kadar tarifnya akan dimasukkan bersekali dengan bil air.
Menterinya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kadar tarif IWK tetap kekal pada RM2.50 tetapi pengguna perlu membayarnya bersekali dengan bil air dan bukan lagi berasingan seperti yang berlaku sekarang.
“Kita akan menggunakan acuan Labuan dalam hal ini dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan IWK memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam projek ‘Bicara Minda’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE