Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fama Tingkatkan Jualan Beras...

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras...

JPJ Nafi Hanya 4...

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan sebuah portal berita tempatan...

Defend Tag Bukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend...

Setiap Pemain Bola Kelab...

SHANGHAI - Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah...

Bila Masjid Brinchang Dapat Dibina?

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berharap kerajaan dapat meluluskan projek pembinaan masjid di Brinchang, Cameron Highlands, bernilai RM20 juta bagi memberi keselesaan kepada masyarakat setempat dan pelancong.

Pengarahnya, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, berkata projek pembinaan masjid yang mampu memuatkan kira-kira 1,200 jemaah dalam satu-satu masa itu diluluskan kerajaan sebelum ini selepas menerima cadangan JAIP.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan baharu membuat keputusan tidak dijangka apabila menangguhkan pembinaan projek itu tanpa menyatakan bila ia dapat dimulakan.

“Projek ini sudah berada di peringkat akhir sebelum keputusan meluluskannya dipersetujui serta disokong oleh beberapa agensi kerajaan terbabit.

“Ia sepatutnya diluluskan pada mesyuarat terakhir projek namun kegagalan pegawai kewangan hadir pada perjumpaan itu menyebabkan keputusan tidak dapat dibuat seperti dirancang.

“Selepas kerajaan baharu dibentuk, JAIP menerima surat penangguhan pembinaan masjid Brinchang itu,” katanya pada penutupan Program Mesra Masjid Daerah Kuantan 2018 di Masjid Saidina Uthman Affan Bukit Rangin, di sini, malam tadi.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Daerah Kuantan dengan kerjasama Masjid Saidina Uthman Bin Affan Bukit Rangin itu membabitkan pelbagai aktiviti seperti agihan bantuan keperluan harian kepada 100 asnaf, kursus sembelihan secara Islam, pertandingan azan bagi kanak-kanak dan kuliah agama.


Mohamad Noor berkata, pihaknya akan memohon bantuan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku demi kepentingan masyarakat Islam.

“Saya yakin projek pembinaan masjid di Brinchang, dapat dilaksanakan suatu hari nanti dalam memastikan keselesaan masyarakat setempat dan pelancong menunaikan solat selain melakukan aktiviti keagamaan lain.

“Masjid Brinchang yang ada sekarang tidak dapat menampung jemaah terutama solat Jumaat. Justeru, diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan pembinaan masjid baharu ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, keprihatinan Masjid Saidina Uthman Affan Bukit Rangin menyediakan peruntukan RM6,000 sebulan untuk menyediakan bantuan keperluan harian kepada 100 asnaf seharusnya menjadi contoh kepada masjid lain di negeri ini.

Katanya, program yang bermula Ogos tahun lalu itu dapat membantu meringankan beban golongan ibu tunggal, fakir miskin dan pesakit kronik. – BH ONLINE

Kategori