Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Imam Arab Saudi Pilih...

KOTA BHARU - Ketika umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mahu ke tanah suci,...

10 Staf Imigresen Akan...

SEPANG - Sepuluh pegawai Imigresen Sarawak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

APM Perak Terima Bot...

BATU KURAU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak menerima dua bot amfibia...

Lebih Banyak Jenama Terkemuka...

PUTRAJAYA - Cabang runcit Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Eraman Malaysia, akan menerima...

Bill Cosby Dipenjara 3 Hingga 10 Tahun

NORRISTOWN – Ikon televisyen Bill Cosby dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun semalam selain dilabelkan dengan gelaran ‘pemangsa seksual ganas’ kerana menyerang seorang wanita di kediamannya di Philadelphia, 14 tahun lalu.

Pelakon berusia 81 tahun yang pernah menjadi kesayangan ramai dan diberi jolokan Bapa Amerika itu adalah selebriti pertama disabitkan serta dihukum dengan jenayah seks selepas pembongkaran serangan seksual dilakukan penerbit filem terkemuka, Harvey Weinstein tahun lalu, sekali gus menandakan permulaan kempen #MeToo dalam membanteras jenayah berkenaan di negara berkenaan.

Didapati bersalah lima bulan lalu kerana memberi dadah dan mencabul Andrea Constand, Cosby tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila Hakim Steven O’Neill menjatuhkan hukuman berkenaan di Norristown, Pennsylvania.

Keputusan terbabit meletakkan beliau sebagai antara rakyat Amerika terkenal menjalani hukuman penjara di negara yang dipenuhi selebriti ternama dan kaya raya itu, sehingga mereka mampu mengupah peguam terkenal untuk melepaskan diri dari dipenjara.


Hukuman berkenaan bermakna Cosby akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga tahun atau tempoh maksimum 10 tahun dalam penjara.

Ketika barisan peguam bela meminta anak guam mereka itu dikekalkan di bawah perintah tahanan rumah, hakim memerintahkan pelakon berkenaan diletakkan di bawah tahanan polis.

Pendakwa sebelum ini menuntut Cosby dipenjarakan sehingga 10 tahun selepas tiga pertuduhan perlakuan ganas digabungkan menjadi satu, bersama denda AS$25,000 (RM103,000) dan kos pendakwaan sepenuhnya. – AFP

Kategori