Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Fail Permohonan Prosiding...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan menangguhkan prosiding kes saman...

PRU14: DAP Sudah Tunjuk...

DAP nampaknya telah mula menunjukkan nafsu untuk menyusun kabinet harapan mereka menjelang Pilihan...

Anugerah Oscar: Guillermo del...

LOS ANGELES - Filem fantasi The Shape of Water dinobatkan sebagai filem terbaik...

BN Bakal Bangkit Walaupun...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata...

BMW Malaysia Lancar BMW 6 Series GT Pertamanya

KUALA LUMPUR — BMW Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan BMW 6 Series Gran Turismo (6GT) pertamanya untuk mengembangkan portfolio model yang dipasang tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Harald Hoelzl berkata pengenalan BMW 6GT baharu itu menambahkan model dipasang tempatan syarikat itu kepada lapan dengan 11 varian.

“Ia membuktikan lagi komitmen kumpulan untuk meningkatkan skala operasi dan pelaburannya di Malaysia dan kedudukan negara sebagai hab bagi kumpulan BMW di rantau ini.

“BMW 6GT menambahkan satu lagi dimensi kepada portfolio produk mewah moden kami dengan ruang yang luas, keselesaan dan fungsi-fungsi seperti kelas kenderaan mewah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran model baharu itu di sini, hari ini.

Diperkenalkan dalam varian BMW 630i GT, kenderaan baharu itu merupakan satu-satunya dalam segmen tersebut yang memiliki ruang luas GT moden, perjalanan selesa sedan kelas mewah dan daya tarikan dinamik dan astetik yang sesuai dengan jenis coupe yang besar dan bergaya, kata Hoelzl.

Mengenai pelaburan kumpulan itu di Malaysia, beliau berkata syarikat tersebut telah membuat pelaburan yang besar di negara ini yang termasuk kilang pemasangan di Kulim, hab alat-alat ganti di Johor Bahru yang menjual produk ke lebih 22 negara, pusat latihan dan data serta 24 wakil pengedar dengan kira-kira 2,500 pekerja kesemuanya.

“Kumpulan telah banyak melabur di Malaysia sejak beberapa tahun lepas, yang terbaharu dalam 6GT yang akan dipasang di dalam negara ini,” katanya.


Mengenai prestasi syarikat itu pada tahun ini, Hoelzl berkata kumpulan berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan jualan dua angka yang disokong oleh ermintaan tinggi terhadap model X5, 3 Series dan 5 Series.

Bagi Malaysia, majoriti produk yang ditawarkan adalah model unit terurai untuk dipasang (CKD) yang menyumbang lebih 90 peratus kepada jualan.

Pada masa depan, kumpulan itu mungkin akan melancarkan satu atau dua lagi model yang sedang dalam perancangan pada tahun ini, tetapi buat masa sekarang, ia akan menumpukan kepada model 6GT, katanya.

BMW 6GT, dengan varian M Sport 630i, dijangka berharga kira-kira RM450,000 seunit dan boleh didapatkan di semua wakil pengedar sah bermula 8 Sept, 2018. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BMW

Kategori