Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Turun Harga Minimum Rumah...

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan untuk menurunkan harga minimum...

Guru Didakwa Perdagang Wanita...

KUALA TERENGGANU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Kes Khairuddin Dan Chang...

KUALA LUMPUR - Kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri...

Wanita Nyaris Maut Kereta...

SEORANG pemandu wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok parkir tingkat dua...

BN Boikot PRK Port Dickson

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang dijangka diadakan pada 13 Oktober depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen utama BN iaitu MIC dan MCA.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, langkah itu sejajar dengan situasi kerajaan ketika ini yang didakwa dihimpit dengan masalah kewangan.

“Kita mengambil keputusan bahawa BN akan memboikot PRK Port Dickson. Kita tidak akan meletakkan calon yang mewakil mana-mana parti BN,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. – UTUSAN ONLINE

Kategori