Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kita Terlalu Banyak Buang...

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, hari ini memuat naik gambar selfienya berlatar belakangkan...

Aliran Trafik Plus Bergerak...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan bergerak perlahan setakat...

Bahan Rampasan Op Global...

KUALA LUMPUR: Bahan rampasan dalam Operasi Global (Op Global) Fasa 4 akan dijadikan...

‘Penampakan’ Di Fun Fair...

SEBUAH rakaman video serta beberapa keping gambar yang memaparkan 'penampakan' rambut panjang mengurai...

Bombardier, MIGHT Jalin Kerjasama Tingkat Kepakaran Industri Rel

KUALA LUMPUR – Bombardier Transportation dan Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menggariskan kerjasama dalam membangunkan kepakaran industri pengangkutan rel di negara.

Kerjasama kearah meningkatkan kemahiran teknikal industri rel itu bakal menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pembuatan, penyelenggaraan, pembaikan dan operasi.

MoU ditandatangani oleh Ketua Asia Tenggara, Bombardier Transport, Parasuraman Jayaram Naidu dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman dan disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Sarah Al Bakri Devadason dan Konsulat/Pengarah Serantau Malaysia untuk Jerman dan Benelux, Yusri Hasnan Chu.

Mohd Yusoff berkata penglibatan aktif Bombardier dalam pembangunan keupayaan dan kemampuan PKS di Malaysia amat dihargai.

“MIGHT telah membangunkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Industri Rel pada tahun 2012 melalui satu konsensus Industri-Kerajaan mengenai hala tuju industri kereta api tempatan dengan memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan untuk pemain tempatan, pembangunan modal insan, penyelidikan dan teknologi.


“MIGHT juga menghargai usaha oleh SME Corporation sebagai pengusaha dana bagi projek berimpak tinggi dalam industri rel, dan Perbadanan Industri Rel Malaysia kerana mempromosikan program ini di kalangan ahlinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Parasuraman berkata Bombardier komited untuk membangunkan kepakaran dalam industri rel tempatan dan melabur dalam komuniti di mana ia beroperasi.

“Dengan beberapa tonggak kerjasama yang penting di Thailand, Singapura dan Malaysia serta tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan dalam tempoh empat tahun yang lalu, kami percaya inisiatif ini akan memacu produktiviti, meningkatkan prestasi dan daya saing, kearah meningkatkan prestasi industri rel peringkat serantau dan juga global,” katanya. – BERNAMA

Kategori