Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bagai ‘Dirasuk’, Umie Jilat...

SEBAGAI seorang pelakon, pastinya mereka mementingkan kualiti lakonan yang disampaikan serta penghayatan watak...

320 Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Seramai 320 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir...

Comel! Gadis Korea Nyanyi...

PERNAH dengar orang Korea fasih berbahasa Melayu? Mungkin kedengarannya agak aneh dan lucu,...

Kontroversi Peluk: Penganjur...

PENGANJUR konsert artis K-Pop B1A4, TGM Events membuat permohonan maaf di atas perkara...

Bos Amazon Didakwa Hipokrit Beri Derma

JEFF BEZOS, ketua pegawai eksekutif Amazon dan manusia terkaya di dunia baru-baru ini mengumumkan akan menderma sebanyak AS$2 bilion daripada hartanya untuk membiayai satu rangkaian prasekolah di Amerika Syarikat dan membantu membasmi masalah gelandangan.

Derma Bezos itu walau bagaimanapun dikritik banyak pihak daripada kalangan orang ramai dan pengkaji serta akademik.

Antara kecaman berpunca daripada dakwaan Bezos menggunakan imej dermawan untuk menutup pencabulan dan eksploitasi hak pekerja oleh Amazon.

Beberapa laporan telah diterbitkan mengenai amalan kerja Amazon yang menindas pekerja seperti memaksa kerja lebih masa dan tidak memberikan masa rehat yang cukup.

James Bloodworth, seorang penulis yang pernah menyamar sebagai pekerja untuk mendedahkan kondisi bekerja di salah sebuah fasiliti Amazon berkata ada yang ironis tentang rancangan Bezos ini.

“Beberapa laporan yang berwibawa telah diterbitkan tentang pekerja Amazon tidur dalam khemah di luar gudang kerana tidak mampu menyewa rumah dengan gaji yang diberikan oleh Amazon,” katanya kepada BBC.


“Jeff Bezos boleh menunjukkan dirinya sebagai seorang dermawan agung, tetapi itu tidak akan melepaskan beliau daripada tanggungjawab sekiranya pekerja Amazon terus takut untuk mengambil masa ke tandas dan cuti sakit kerana bimbang tindakan disiplin di tempat kerja.”

Dakwaan beliau seorang hipokrit membanjiri media sosial, dan banyak yang membangkitkan usaha Amazon mengurangkan cukai yang perlu dibayar di Amerika Syarikat dan di luar negara.

Ramai juga yang membangkitkan tentang kejayaan Amazon baru-baru ini menolak satu undang-undang di Seattle – bandar ibu pejabat kedai atas talian itu – yang bertujuan mendapatkan jutaan dolar untuk membantu mengurangkan masalah gelandangan di kota itu.

Bezos yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$150 bilion, juga kelihatan mahu kerja-kerja dermawannya dikaitkan dengan syarikatnya itu. – Mynewshub.tv

Kategori