Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Maut, 3 Budak...

KOTA BELUD - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tiga kanak-kanak...

Malaysia Kutuk Ujian Nuklear...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear yang dilakukan Korea Utara pada...

Sarawak Isytihar Cuti Pada...

KUCHING - Sarawak turut mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan dengan mengisytiharkan 8 Julai sebagai...

Khairy Kongsi Video Pengalaman...

SETAKAT ini perkembangan rasmi mengenai nahas helikopter masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa...

Brunei Miliki Kualiti Udara Kedua Terbersih Di Dunia

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia, menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengukur pencemaran udara sekitar di 1,622 lokasi di 92 negara.

Australia memiliki kawasan bandar paling tidak tercemar diikuti Brunei dan New Zealand, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Estonia merupakan negara Eropah paling menonjol diikuti Finland dan Iceland, menurut akhbar harian tempatan Borneo Bulletin pada Isnin, yang memetik laporan WHO.

Kematian berkaitan pencemaran di Brunei adalah antara yang paling rendah dalam kalangan semua negara yang termasuk dalam laporan Suruhanjaya Lancet berkaitan pencemaran dan kesihatan yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet baru-baru ini.

Lima negara yang menduduki tempat teratas dalam ranking Lancet ialah Brunei, Sweden, Finland, Barbados dan New Zealand. – BERNAMA

Kategori