Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

GST Bukan Asing Kepada...

SINGAPURA - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), juga dikenali sebagai Cukai Tokokan Nilai...

Jaga-Jaga! Dirakam Kamera ‘Penyangkut...

MELIHAT pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang...

Aiman Tino Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Aiman Tino bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak...

2 Rakan Lepas, Bebas...

KUALA LUMPUR - Dua rakan hari ini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen...

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, dengan indeks komposit turun 0.57 peratus susulan kebimbangan baharu terhadap pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata penganalisis.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.35 mata kepada 1,800.29 pada rehat tengah hari berbanding 1,810.64 pada penutupan Jumaat lalu.

Selepas dibuka 1.41 mata lebih rendah pada 1,791.86, indeks bergerak antara 1,799.66 dan 1,812.19 di sepanjang sesi pagi.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 465 berbanding 215, manakala 300 kaunter tidak berubah, 920 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Seorang peniaga berkata, kebanyakan pasaran Asia bercampur-campur pada akhir dagangan pagi hari ini, dengan bursa Jepun, China dan Korea Selatan ditutup sempena cuti umum.

Pelabur secara umumnya berhati-hati terhadap pusingan terbaru konflik perdagangan AS-China ekoran China membatalkan rundingan tarif akan datang bersama pegawai AS.

Pasaran juga memberi tumpuan kepada duti import tambahan bernilai AS$60 bilion ke atas produk AS sebagai tindak balas terhadap tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion, yang berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Di pasaran serantau, indeks Strait Times Singapura meningkat 0.39 peratus kepada 3,230.32, Hang Seng Hong Kong susut 1.25 peratus kepada 26,603.08, Indeks Komposit Jakarta Indonesia turun 0.94 peratus kepada 5,902.31 manakala Indeks PSE Filipina meningkat 0.32 peratus kepada 7,406.84.


Antara saham wajaran tinggi, Public Bank merosot dua sen kepada RM25.04, Tenaga turun 12 sen kepada RM15.56, Petronas Chemicals dan CIMB Group masing-masing turun tiga sen kepada RM9.47 dan RM6.04 manakala Maybank naik satu sen kepada RM9. 80.

Bagi saham aktif, Sapura Energy turun setengah sen kepada 43 sen, Priceworth naik setengah sen kepada lima sen, Pinehill Pacific menambah 12 sen kepada 56 sen, waran Lay Hong meningkat 2.5 sen kepada 28 sen manakala Hibiscus Petroleum tidak berubah pada RM1.07.

Indeks FBM Emas turun 71.70 mata kepada 12,536.26, Indeks FBMT 100 susut 72.12 mata kepada 12,351.21 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 70.02 mata kepada 12,665.92.

Indeks FBM Ace susut 56.87 mata kepada 5,147.57, FBM 70 turun 90.54 mata kepada 14,756.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 124.61 mata kepada 17,844.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan susut 0.97 mata kepada 177.37 manakala Indeks Perladangan merosot 35.78 mata kepada 7,516.41. – BERNAMA

Kategori