Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

28 Restoran Pelita Seluruh...

PEMILIK restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia,...

Penjual Mudah.my Meningkat Sebanyak...

KUALA LUMPUR - Pasaran dalam talian terbesar Malaysia, Mudah.my, mencatatkan peningkatan bilangan penjual...

Calon Pemuda UMNO Terlibat...

PROGRAM pengenalan calon-calon UMNO bakal diadakan berikutan pemilihan parti di Pejabat UMNO bahagian...

Ujian Poligraf Mampu Tangani...

KUALA LUMPUR - Penggunaan alat poligraf, sebuah alat pengesan pembohongan secara berkala dilihat...

Dakwaan Rasuah: Baru Bian Mahu Siasatan Rapi

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Baru Bian, mahu siasatan rapi dilakukan segera sekiranya laporan terhadap setiausaha politiknya berhubung dakwaan salah guna kuasa, berasas.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana ia membabitkan nama baik kementerian berkenaan.

“Bagi saya kalau benar seperti yang dilaporkan, saya sama sekali tidak akan bertolak ansur. Tindakan undang-undang mesti diambil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Ab Razab, semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang setiausaha politik di sebuah kementerian.

Ahmad Syukri mendakwa individu terbabit menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan RM300,000 dalam satu mesyuarat dengan pemimpin tempatan pada 1 September lalu di mana individu berkenaan bertanding untuk jawatan ketua cabang serta merebut jawatan dalam kepimpinan pusat.

Baru berkata beliau baharu sahaja pulang dari lawatan rasmi di luar negara apabila dikejutkan dengan laporan Ahmad Syukri itu.


Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui wujud individu berkuasa menawarkan kontrak bagi mendapat sokongan dalam pemilihan parti itu.

Anwar menegaskan beliau sama sekali tidak berkompromi dengan pemimpin yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan. – BERNAMA

Kategori