Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

SPRM Tahan Pengurus Syarikat...

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah...

Ismail Sabri Mahu Promosi...

SHAH ALAM - Pengurusan MARA Digital di Anggerik Mall perlu lebih aktif mempromosikan...

6 Terbunuh, 3 Penyerang...

LONDON - Sembilan maut dalam serangan ganas termasuk tiga penyerang yang ditembak mati...

Mengamuk Kalah Permainan Video

JACKSONVILLE, Florida – Seorang pemain permainan video membunuh dua orang dan mencederakan sebilangan...

Dayangku Intan Derma Ginjal Untuk Suami

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang terkenal dengan lagu Senandung Hari Raya, Dayangku Intan, 52, bersedia untuk mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk suami tercinta, Rosma Yahil.

Menurut pemilik nama penuh Tengku Intan Tengku Abdul Hamid itu, suaminya telah lama menghidap penyakit buah pinggang yang mengakibatkan kedua-dua ginjalnya gagal berfungsi dengan sempurna.

“Jika pemindahan buah pinggang ini berjaya, insya-Allah suami saya tidak perlu menjalani proses dialisis lagi.

“Bagaimanapun kena tunggu buah pinggang yang saya dermakan itu serasi dengan suami barulah doktor membuat pengesahan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, pembedahan ke atas dirinya yang dijangka dilakukan esok memakan masa selama tiga jam manakala suaminya akan mengambil masa lebih dari itu.

“Saya akan masuk ke bilik pembedahan 30 minit awal sebelum suami pula menyusul.


“Saya tidak berasa gentar untuk menjalani pembedahan dan berharap keputusan ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat agar tidak berasa takut untuk menderma organ mereka kepada insan tersayang atau pesakit memerlukan,” katanya.

Dayangku Intan turut mahu memohon maaf kepada kaum keluarga dan sahabat handai seandainya dia pernah mengguris perasaan mereka sama ada secara sengaja mahupun sebaliknya.

Pasangan suami isteri itu kini sudah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara sebelum menjalani pembedahan pada pukul 8 pagi, esok.

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Kita Insan Biasa berduet dengan Jay Jay itu turut mengalu-alukan sumbangan bagi meringankan kos selain rawatan susulan pascapembedahan. – UTUSAN ONLINE

Kategori