Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pesawat India Dilencong Selepas...

NEW DELHI - Sebuah pesawat penumpang yang membawa 122 orang ke New Delhi...

KPDNKK N.Sembilan Keluar 33...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah...

Imam Antara Terbunuh Serangan...

NEW YORK - Seorang imam dan lelaki yang tidak dikenali ditembak di kepala...

Mayat Budak Lemas Ditemukan...

BACHOK - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarganya di...

Demi Keluarga, Elly Bercuti Daripada Lakonan

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya seni dan perniagaan tidak terabai.

Justeru, katanya, selepas menamatkan penggambaran drama rantaian, Teratai Kemboja, baru-baru ini, dia mengambil keputusan untuk bercuti seketika daripada kerjaya lakonan.

“Selepas komitmen bersama Teratai Kemboja selesai, saya berehat selama beberapa bulan untuk bersama keluarga. Mungkin atas faktor itu ada yang mengandaikan saya semakin menyepikan diri, baru-baru ini.

“Memang saya gunakan tempoh dua bulan terbabit untuk merehatkan badan, selepas terikat dengan jadual kerja yang padat. Lazimnya, saya memilih pendekatan sebegitu untuk meluangkan masa bersama famili tersayang.

“Apabila sibuk di lokasi penggambaran, terutamanya, bidang kerja lain juga bagai kurang mendapat perhatian. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menerima tawaran menyanyi dan fokus kepada bidang perniagaan. Malah, saya juga ke Singapura bagi memantau ‘booth’ jualan di sana,” kata Elly atau nama lengkapnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38.

Selain itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga yang turut dikenali sebagai pengacara ini memberitahu, dia juga ingin berada di sisi anak perempuannya, Putri Sara Sefhia, yang sedang membesar.

“Insya-Allah, saya akan kembali sibuk dengan pelbagai kegiatan seni, bermula hujung bulan ini sehingga ke tahun depan,” kata artis serba boleh yang memegang status ibu tunggal ini kepada BH Online.


Bersedia mempelbagaikan cabang seni bagi menambah rezeki, Elly juga mengaku amat terharu apabila usahanya membawakan watak antagonis dalam drama siaran slot Zehra di TV3 itu turut mendapat pujian.

Dalam perkembangan terbaru, drama lakonan Elly berjudul Vila Ghazara mula bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 pada Isnin lalu.

Drama arahan Feroz Kader berkenaan menyaksikan dirinya beraksi di sisi ramai pelakon terkenal lain seperti Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda, Aidil Aziz dan Hafeez Mikail. – BH Online

Kategori