SEORANG pelayan memfailkan saman terhadap bekas majikannya kerana melanggar hak asasi manusia selepas memaksanya memakai coli semasa di tempat kerja.
Christine Schell, 25, tidak memakai coli selama tiga tahun atas sebab kesihatan.
Ketika dia mula bekerja di Greenside Grill di dalam Kelab Golf Osoyoos di Greenside, Kanada, Jun lalu, pelanggan mengadu mengenai Schell yang tidak memakai coli.
Susulan itu, pihak pengurusan syarikat Schell memperkenalkan kod berpakaian yang baharu kepada semua kakitangannya.
Kod tersebut menyatakan ‘wanita harus memakai sama ada singlet atau coli di dalam pakaian seragam mereka.
Schell enggan patut dengan arahan baharu itu menyebabkan dia dipecat.
“Saya tidak fikir mana-mana manusia lain patut menentukan cara berpakaian seseorang,” katanya.
Schell berkata dia tidak mahu bekerja di kelab golf itu semula tetapi mahu orang ramai tahu mengenai kes menimpanya.
“Perkara ini berlaku dan tindakan itu tidak betul,” katanya.
David Brown, penguam syarikat tersebut, berkata kod etika pakaian yang ditetapkan bagi peraturan berbeza untuk jantina berbeza boleh bersifat diskriminasi di bawah Kod Hak Asasi Manusia British Colombia.
“Ia satu persoalan menarik mengenai sama ada majikan boleh menentukan pakaian yang boleh dipakai wanita tetapi mereka tidak mengatakan apa-apa tentang cara pemakaian pekerja lelaki dan adakah itu memberi impak yang buruk kepada individu?,” soalnya. – mStar Online
*Sekadar Video Hiasan..