Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sembilan Pelajar Hadapi Tuduhan...

Chukai : Sembilan pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini...

Malaysia Bertemu Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan bagi Kumpulan...

Parlimen Mula Bersidang 16...

PUTRAJAYA - Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari utara dilaporkan sibuk...

Diplomat Malaysia Siapkan Program PM Ke UNGA

NEW YORK – Diplomat Malaysia di New York sedang menyiapkan program penuh lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, yang juga akan menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung PBB ke-73 (UNGA).

Perdana Menteri dijangka tiba di New York pada minggu akhir bulan September untuk lawatan tiga hari.

Menurut sumber PBB, Dr Mahathir akan menyampaikan ucapannya di UNGA pada 28 Sept.

Sesi ke-73 sesi UNGA dibuka pada 18 Sept dengan Menteri Luar Ecuador Maria Fernanda Espinosa Garces meneruskan tugasnya sebagai presiden. Beliau adalah wanita keempat yang memegang jawatan itu dalam sejarah UNGA dan yang pertama sejak tahun 2006.

Bercakap kepada Bernama di pejabatnya, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Duta Besar Datuk Shahrul Ikram Yaakob berkata bahawa beliau dan kakitangannya kini sibuk mempersiapkan lawatan Perdana Menteri di mana para pemimpin dan tokoh dari seluruh dunia akan berada di New York pada minggu berkenaan.

Pengawalan keselamatan yang ketat di New York, bermula dari beberapa blok dari ibu pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu, akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada minggu berkenaan, menyekat kemasukan trafik di kebanyakan jalan, termasuk ‘Jalan 43’, di mana terletaknya pejabat Konsulat Jeneral dan pejabat Perwakilan Malaysia ke PBB.

​​​​​​​Tanda-tanda amaran keselamatan akan dipasang di jalan-jalan berhampiran pejabat PBB juga sudah mula kelihatan dan akan diletakkan di semua tempat, kerana minggu mesyuarat itu yang semakin hampir.

Dr Mahathir akan mengetuai delegasi yang disertai Menteri Luar dan seorang atau lebih lagi anggota kabinet, bersama pegawai kanan Wisma Putra dan kementerian lain.

“Setakat yang saya tahu, Malaysia akan terus menjelaskan dasar luar negara yang saya percaya, matlamatnya tetap sama. Multilateralisme, kedamaian, keamanan, Palestin, keganasan ekstrim, pembaharuan institusi, dan lain-lain isu yang boleh dibawakan,” kata Shahrul Ikram, menekankan Malaysia memberi keutamaan kepada kedaulatan undang-undang dalam konteks keamanan dan keselamatan.


Beliau berpandangan perbahasan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan yang telah agak lama berjalan – kini dalam Rundingan Antara Kerajaan – dan “kita mesti melihat bagaimana proses ini terus berkembang”.

Sementara itu, terdapat juga kebimbangan dalam kalangan diplomat PBB mengenai krisis kewangan yang dihadapi badan dunia itu, dengan Amerika Syarikat yang menyumbang kira-kira 22 peratus dari perbelanjaan PBB, menunjukkan ketidaksabaran dengan badan dunia dan mempersoalkan belanjawannya.

Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menghentikan pemberian bantuan kepada ‘UN Relief and Work Agency for Palestine Refugess in the Near East’ (UNRWA) menyebabkan Stephan Dujarric, jurucakap Ketua Setiausaha PBB, meminta negara lain untuk menampung kekurangan kewangan itu dengan meningkatkan bantuan untuk pelarian Palestin.

Selain kekurangan ini, beberapa negara juga lewat membayar sumbangan mereka kepada PBB mencetuskan krisis kewangan kepada badan dunia itu​​​​​​​ dan Malaysia menyumbang secara tetap kepada UNRWA.

Kebanyakan pemimpin yang berada​​​ di New York juga menggunakan kehadiran mereka itu untuk bertemu dengan pemimpin dunia lain – sama ada dalam bentuk dua hala ataupun lebih.

​​​​​​​Dr Mahathir, yang tidak ke Washington DC, juga mungkin akan bertemu pemimpin dari negara lain, walaupun sehingga kini masih belum diketahui secara rasmi siapa yang akan ditemui.

Pemimpin ​​​​​​​dari negara-negara ASEAN, Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Amerika Latin juga akan hadir. Kemungkinan mereka juga mengadakan perbincangan dua hala, namun bagi kebanyakan pemimpin yang hadir ke UNGA ini, menghadapi kekangan masa yang serius. – BERNAMA​​​​​​​

Kategori