Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kalimah ALLAH: Permohonan Gereja...

ISU berhubung penggunaan kalimah Allah boleh dikatakan sudah berakhir, apabila Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak...

Musim Ramadan, Pencari Daun...

PASIR PUTEH - Bagi pencari daun palas, bulan Ramadan dan Syawal merupakan bulan...

Murid Masih Boleh Berkasut...

AKHIRNYA... Setelah kecoh dikutuk rakyat, peraturan pemakaian kasut warna hitam oleh murid di...

Objektif Penubuhan Baitulmal Johor...

JOHOR BAHRU – Objektif penubuhan Baitulmal Negeri Johor (Baitulmal) secara umumnya belum tercapai...

Doktor Ditipu RM71,000 Oleh Macau Scam

KUANTAN – Seorang doktor wanita kerugian RM71,000 selepas mempercayai panggilan yang dilakukan sindiket Macau Scam, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 50 tahun mendakwa melakukan transaksi wang ke dalam dua akaun yang diberikan anggota sindiket itu.

“Mangsa mendakwa menerima panggilan daripada seorang wanita kononnya dia mempunyai tunggakan pinjaman wang. Mangsa menafikan perkara itu, namun panggilannya dikatakan disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Nama mangsa dikatakan terlibat dalam kes pengubahan wang haram, dadah dan judi menyebabkan dia diarah memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa telah mengikut arahan yang diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu, lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori