Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Neelofa Kekal Ikon Tahun...

KUALA LUMPUR – Selebriti dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa...

Kes Sedikit Meningkat, 6,144...

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi pada Khamis apabila 6,144...

Bantahan Pemandu Teksi Sebabkan...

SANTIAGO - Seorang pelancong Brazil yang mengalami serangan jantung maut selepas gagal mendapatkan...

Imigresen Buru Sindiket Bawa...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen sedang memburu ejen atau sindiket terbabit dalam menyeludup...

Doktor, Jururawat Melecur Dibakar Seorang Lelaki

GEORGE TOWN – Lima termasuk seorang doktor dan tiga jururawat di sebuah hospital swasta di sini melecur akibat terbakar selepas seorang lelaki bertindak menuang petrol sebelum menyalakan api dalam kejadian di unit urologi hospital berkenaan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, seorang lelaki yang membawa sebotol cecair dipercayai petrol memasuki sebuah bilik di unit berkenaan dan memeluk seorang doktor lelaki yang sedang bertugas sebelum mencurah petrol pada badan mereka dan menyalakan api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang.

“Setibanya di hospital berkenaan pada 5.05 petang, api sudah dipadamkan menggunakan alat bantuan pemadam api automatik yang dipasang di dalam bilik berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati doktor dan tiga jururawat terbabit mengalami lecur pada muka dan badan manakala suspek pula melecur di kedua-dua belah tangan.

“Kami difahamkan suspek bergelut dengan doktor,” katanya.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang yang mengesahkan kejadian, berkata polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta status kewarasan suspek,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan doktor berkenaan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala tiga jururawat terbabit dalam keadaan stabil. – BERNAMA

Kategori