Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Awas! Udang Palsu Masuk...

SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam...

ASEAN Perlu Berani Untuk...

MANILA - Sepuluh anggota ASEAN yang menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini...

UPSR BOCOR: Hanya Guru...

PUTRAJAYA - Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan...

Tiada Perjanjian Sumbangan Kepada...

KOTA BHARU - Tiada ikatan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi...

Dr Halimah Tidak Akan Salah Guna Kelayakan

SHAH ALAM – Dr Halimah Ali tidak akan menggunakan kelayakannya sebagai pengamal perubatan bertauliah untuk membina lebih banyak klinik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada 8 Sept ini.

Calon PAS itu berkata ia adalah bagi mengelak timbul sebarang konflik kepentingan, selain ingin menjaga integriti serta imej parti.

“Bermula 2008 ketika saya jadi Exco kerajaan Selangor, saya tidak boleh operasikan klinik saya sendiri, malah saya tidak pernah jejakkan kaki ke klinik itu sejak menjadi ahli politik sepenuh masa.

“Sebab keduanya, saya mahu mengekalkan imej baik serta integriti PAS kerana ia adalah obligasi rakyat supaya tidak berlaku sebarang konflik kepentingan,” katanya ketika ditemui semasa melawat Pasar Malam TTDI Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan membina lebih banyak klinik di Seri Setia sekiranya diberi mandat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.


Bekas ADUN Selat Klang itu bakal berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Kategori