Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tun Dr. Mahathir Jumpa...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menemui semua Ketua...

Pegawai Khas Bekas Menteri...

PUTRAJAYA - Pegawai khas kepada bekas seorang menteri dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan...

Suspek Curi , Lerai...

Misteri kehilangan puluhan kereta jenis PROTON di sekitar Sentul, Kuala Lumpur sejak beberapa...

Rabies: Tiada Keperluan Kuarantin...

PASIR SALAK – Tiada keperluan untuk melaksanakan kuarantin ke atas penduduk di beberapa...

Dr Maszlee Malik Sebagai Presiden UIAM Tidak Wajar

1. SELEPAS Setiausaha Politik beliau dilantik sebagai ahli lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik menerima pula pelantikan dirinya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

2. Pelantikan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia sebagai Presiden UIAM yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim, mencetuskan reaksi yang bercampur-campur dari semua.

3. Ramai berpendapat penerimaan pelantikan tersebut seolah-olah satu gerakan sistematik memastikan orang politik khususnya dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PBBM) dan Pakatan Harapan mempunyai pengaruh dan cengkaman ke atas universiti serta institusi pendidikan di Malaysia.

4. Secara peribadi saya melihat perkara ini sebagai tidak wajar.

5. Pertama, beliau bukanlah seorang pentadbir yang mempunyai kelayakan atau rekod pentadbiran cemerlang yang mengagumkan.

6. Kita lihat sahaja dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee sudah memperlihatkan ketidakupayaannya untuk memberikan kepimpinan yang profesional dan meyakinkan. Antaranya:

a. Memulakan keseluruhan proses kritikal merombak dan menambah baik sistem pendidikan negara dengan memfokuskan kepada penukaran warna kasut sekolah, yang memperlihatkan kegagalan beliau untuk meletakkan keutamaan kepada sesuatu isu,

b. Menukar-nukar kenyataan dan memberikan pendirian yang saling bercanggah dan berbeza terhadap isu pembiayaan Kerajaan kepada sekolah persendirian Cina, yang menggambarkan beliau seorang yang tidak konsisten, cuai dan terlalu cepat melatah serta tunduk pada tekanan,

c. Mencadangkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan sebagai cara mendapatkan dana universiti, yang menggambarkan beliau memandang remeh dan rendah fungsi sesebuah universiti.

7. Kedua, sekalipun kita mahu menutup sebelah mata dan menganggap beliau adalah seorang pentadbir Kerajaan yang mempunyai rekod yang cemerlang, adalah masih tidak wajar untuk seorang ahli politik yang mempunyai kepentingan politik menjawat jawatan di dalam pentadbiran universiti awam yang bebas. Ia berlawan dengan nilai-nilai ketelusan dan kebebasan akademik rentas kepartian dan ideologi.

8. Ketiga, Menteri Pelajaran seharusnya berfungsi secara adil, saksama dan profesional kepada semua institusi pendidikan di negara kita. Pelantikan ini dengan sendirinya dikhuatiri akan membuka ruang berlakunya layanan berat sebelah dan tidak adil yang mungkin boleh memihak kepada UIAM berbanding institusi-institusi pendidikan lain di Malaysia.

9. Sekalipun tidak akan berlaku, persepsi sedemikian akan terus wujud. Tidak dapat dinafikan yang konflik kepentingan antara kapasiti beliau sebagai Menteri Pelajaran dan Presiden UIAM boleh berlaku dalam susun atur sebegini.

10.Keempat, pelantikan ini bercanggah dengan janji dan komitmen Pakatan Harapan yang mahu membebaskan universiti dan institusi pendidikan dari pengaruh politik. Malah YB Dr Maszlee Malik sendiri memberi jaminan akan membebaskan institusi pendidikan dari pengaruh politik.


11.Jadi, penerimaan pelantikan ini hanyalah satu lagi bentuk keputusan yang terus menggambarkan kegagalan PH untuk berpegang kepada janji PRU-14 mereka dan menunjukkan sikap lidah bercabang YB Dr. Maszlee Malik.

12.Kelima, Kementerian Pendidikan dan UIAM merupakan dua buah organisasi yang sangat penting kepada negara. Kedua-duanya mempunyai reputasi, hala tuju dan fokus yang bukan sahaja kritikal dan besar, tetapi berbeza.

13.UIAM mesti dipimpin dengan serius, berfokus dan bervisi agar dapat dilonjakkan sebagai sebuah universiti antarabangsa yang cemerlang dan memenuhi mandatnya. Bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi kepada dunia Islam yang meletakkan harapan besar kepada UIAM. UIAM tidak boleh dikemudikan oleh seseorang yang tidak berupaya memberikan sepenuh masa dan fokus kepada perkembangan dan lonjakan prestasinya.

14.Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan adalah sebuah kementerian yang kritikal, besar dan mempunyai tugas yang berat. Iaitu untuk memulih dan memperkasa pendidikan rendah, menengah dan tinggi di Malaysia.

15.Fokus serta komitmen yang terbahagi-bahagi seperti ini tidak akan memberikan hasil yang optimum.

16.Melainkan, YB Dr. Maszlee percaya bahawa membetul dan menaikkan kualiti pendidikan di negara ini cukup sekadar dengan menukar warna kasut dan membuat kejutan untuk masuk ke bilik darjah dari pintu belakang.

17.Saya harap Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan dan YB Menteri Pendidikan sendiri akan mempertimbangkan semula perkara ini. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang menyaksikan ramai calon serta tokoh berwibawa lain yang boleh diangkat dan diberi penghormatan untuk menerajui kepimpinan UIAM.

18.Semoga institusi pendidikan negara kita akan terus ditambah baik dan bebas daripada pengaruh politik dan sebarang konflik kepentingan.

DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN
Naib Presiden UMNO

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori