Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

3 Lembu Mangsa Gempa...

WELLINGTON - Tiga ekor lembu yang mendapat perhatian dunia setelah ditemui terbiar di dataran...

Didera Pengasuh Sehingga Lebam...

SERING kali kita melihat di media sosial mengenai isu penderaan bayi yang agak...

Tarikh Akhir Rayuan BPN...

CYBERJAYA - Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31...

Perhimpunan Di Petaling Street...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan kumpulan baju merah Melayu merupakan satu jenayah dan para...

Dua Anak Tiri CEO Cradle Fund Dibebaskan

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan semakan untuk mengubah tempoh tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan Mahkamah Majistret ke atas dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada Jun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membuat keputusan itu berkata pihaknya mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat untuk menahan reman kedua-dua remaja berusia 14 dan 16 tahun bermula 9 hingga 15 Sept ini.

“Tiada justifikasi untuk menahan kedua-dua remaja itu untuk tempoh tujuh hari. Maka, saya mengubah perintah tempoh tahanan reman ini berakhir hari ini pukul 5 petang,” katanya ketika membenarkan permohonan semakan itu yang dikemukakan oleh peguam mewakili remaja berkenaan, Hisyam Teh Poh Teik.

Ab Karim dalam penghakimannya berkata Mahkamah Majisret Petaling Jaya tidak cermat dalam mempertimbangkan keperluan mengeluarkan reman ke atas kedua-dua remaja itu di mana ‘tempoh dua hingga tiga hari adalah tempoh cukup memadai untuk menjalankan siasatan ke atas mereka’.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen ketika berhujah membantah permohonan dikemukakan oleh Hisyam berkata tempoh reman selama tujuh hari cukup memadai berdasarkan 14 sebab yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat.

Pada Ahad lepas, kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Majistret Nor Ariffin Hisham memerintahkan mereka direman tujuh hari sehingga 15 Sept ini.

Dua beradik berkenaan ditahan polis di rumah datuk mereka di Taman Tun Dr Ismail, kira-kira pukul 4 petang sehari sebelum itu.


Polis sebelum ini menahan ibu dan bapa mereka, sebelum kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian CEO terbabit.

Bapa mereka dibebaskan selepas tamat tempoh reman pada 7 Sept lepas manakala ibu mereka masih direman sehingga Khamis ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Fadzil Ahmat sebelum ini berkata kes kematian Nazrin diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan hasil bedah siasat.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes di sini, pada kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lepas.– BERNAMA

Kategori