Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Najib Tinjau Masalah Hakisan...

PEKAN - Masalah hakisan di pantai Nenasi, dekat sini hari ini mendapat perhatian...

Ibu Gadis ‘Culik’ Mohon...

Sebagai seorang ibu, tiada apa yang diharapkan selain mengetahui anak berada dalam keadaan...

Emma Maembong Tak Kisah...

AKTRES Emma Maembong tidak ambil hati sekiranya lakonannya dikritik, malah tindakan itu dialu-alukan. Menurut Emma,...

Izreen Azminda ‘Melenting’ Peminat...

PELAKON yang semakin menyerlah bakat nyanyiannya dalam program Gempak Superstars, Izreen Azminda meluahkan...

2 Lagi Maut Akibat Keracunan Alkohol

SHAH ALAM – Jumlah kematian akibat keracunan alkohol di Selangor meningkat kepada 27 orang apabila dua lagi mangsa meninggal dunia petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua mangsa berkenaan, lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an dan masing-masing meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan di Hospital Selayang.

“Mangsa dimasukkan di Hospital Sungai Buloh pada 19 September lepas dan meninggal dunia pada pukul 4 petang tadi dan mangsa di Hospital Selayang meninggal dunia pada pukul 3 petang tadi, mangsa dimasukkan ke hospital itu bagi menerima rawatan pada 17 Sept lepas.

“Seramai 11 orang masih dirawat di beberapa buah hospital sekitar Lembah Klang manakala 21 yang lain telah dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, mangsa-mangsa yang maut terdiri daripada dua warga tempatan, Nepal (9), Myanmar (12), Bangladesh (2), India (1) dan seorang mangsa tidak diketahui identiti.


Sejak 17 September lepas, lebih 30 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan akibat keracunan arak. – BERNAMA

Kategori