Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Semua Negara Tak Benar...

KUALA LUMPUR - Segala bentuk tindakan yang diambil terhadap pendatang tanpa izin di...

Semangat Peristiwa Hijrah Tunjang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sentiasa...

88,917 Unit Rumawip Dibina,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88,917 unit pembinaan kediaman mampu milik di bawah program...

Manhaj Ahli Sunnah Wal...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya umat...

Dua Rekod Sukma Lebur Di Pusat Akuatik Tuanku Zara

IPOH – Perenang Melaka, Foong Wei Tze dan Tia’a Faang Der dari Johor mempamerkan aksi bertenaga untuk meleburkan dua rekod Sukan Malaysia (Sukma) di Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini, malam ini.

Wei Tze memecahkan rekod acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Sukma ke-19 dengan catatan masa 28.86 saat (s) mengatasi catatan masa 29.31s milik perenang Selangor, Shaun Yap Kah Choon pada edisi lepas di Sarawak.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Ng Jing Fu dari Selangor (29.64s) dan Adam Afif Faizal dari Wilayah Persekutuan (30.17s).

“Ketika sesi memanaskan badan saya agak yakin dapat memecahkan rekod hari ini kerana ia jarak 50m. Ini merupakan acara dan Sukma terakhir saya jadi ia sesuatu yang sangat baik,” kata atlet yang berasal dari Ayer Keroh itu ketika ditemui pemberita.

Pada penampilan terakhirnya dalam temasya Sukma kali ini, Wei Tze turut meraih satu pingat emas dan satu pingat perak bagi acara 200m gaya bebas lelaki.


Sementara itu, Faang Der pula memperbaharui rekod temasya Sukma miliknya dalam acara 200m kuak kupu-kupu lelaki dengan masa 2:02.30s mengatasi catatan terdahulu 2:02.93s pada edisi dua tahun lepas di Sarawak.

Pingat perak acara itu dimenangi Zheng Yong dari Melaka dengan masa 2:05.63s manakala pingat gangsa menjadi milik Koh Teck Chen dari Wilayah Persekutuan dengan 2:06.06s.

Pada Isnin lepas, perenang berusia 20 tahun itu melakar kejayaan dengan mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 400m rampaian individu lelaki dengan catatan masa 4:30:48s mengatasi catatan milik Sebastian Soon dari Kuala Lumpur iaitu 4:30.85s pada kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN pada Julai.

Kejayaan itu turut memadam rekod Sukma 4:34.14s berusia 16 tahun milik perenang dari Sarawak, Die Uang Manggan pada 2002 di Sabah. – BERNAMA

Kategori