Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita UMNO Sambut Baik...

SHAH ALAM - Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

3,140 Kes Covid-19 Hari...

PETALING JAYA: Sebanyak 3,140 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 2,589...

Siasatan Hakim Nazlan: Permohonan...

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 23 Jun ini untuk mendengar permohonan dua...

Wow… Kucing Pun Dah...

JIKA disebut tentang fesyen sudah pasti dalam fikiran kita baju yang cantik, menarik...

Edar Dadah: Lelaki Warga Nigeria Dan Ghana Dihukum Mati

SEREMBAN – Dua lelaki warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar lebih dua kilogram dadah, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan pertuduhan dihadapi warga Nigeria dan Ghana itu selain berpuas hati dengan keterangan yang diberikan 16 saksi pihak pendakwaan serta kedua-dua tertuduh.

Chikanso Ansalem Okoli 29, warga Nigeria dan Desmond Owusu, 25, warga Ghana hanya mengangguk faham selepas keputusan diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Kedua-dua tertuduh didapati memiliki 2,083 gram dadah di tempat parkir kenderaan di Dataran Nilai di sini pada 11.05 pagi, 15 Mac 2016, didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah dan Datuk Hanif Hassan.

Terdahulu, Abdul Aziz semasa merayu hukuman ringan bagi anak guamnya berkata Ansalem Okoli yang merupakan pembantu restoran di Nilai menyesal dengan perbuatannya itu dan memohon maaf kepada kerajaan Malaysia.

“Beliau masuk ke negara ini secara sah pada 2014 untuk mencari pekerjaan bagi membantu keluarganya,” katanya.

Katanya Owusu ialah seorang pelajar di sebuah kolej di Ipoh, Perak dan masuk secara sah pada 2015.


“Dia juga menyesal atas perbuatannya kerana mempercayai rakan beliau,” katanya.

Sementara Hazeelia memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia merupakan kesalahan serius.

“Ini juga akan memberi pengajaran kepada masyarakat terutamanya kepada warganegara asing,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori