Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6,292 Orang Berjaya Ditempatkan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjaya menempatkan seramai 6,292 orang kembali...

Nama Tercicir, Indah Ruhaila...

PETALING JAYA - Penyanyi Indah Ruhaila menyangkal dakwaan kononnya dia berkecil hati dengan...

Waris Akui Perangai Lebih...

PENYANYI rap kelahiran Negeri Sembilan, Waris mengakui keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama...

Gambar Guru Tadika Suruh...

BARANGKALI inilah guru paling teruk untuk abad ini!Seorang guru tadika di China tergamak...

Emosi Terganggu, Jiwa Kacau Hingga Disangka Murung

KUALA LUMPUR – Disebabkan terlalu kerap membawakan watak yang bermain dengan emosi, pelakon kelahiran Brunei Darussalam, Nina Iskandar, mengakui pernah tertekan hingga disangka sedang dilanda kemurungan.

Nina yang popular menerusi drama, Andainya Takdir, berkata watak sebegitu memberi kesan mendalam kepada emosi dan mentalnya hingga peminat juga kasihan melihat dia sering ‘diseksa’ serta ditimpa malang.

“Secara peribadi, memang penat menghayati watak yang banyak bermain dengan emosi. Kebanyakan tawaran yang datang pula mahukan saya melakonkan karakter berat. Mungkin kerana terlalu kerap, peminat ada bertanya, tidakkah saya bimbang terkena badi?

“Memang emosi saya agak terganggu apabila sering melakonkan watak seperti itu. Jiwa saya jadi kacau, membuatkan saya keletihan di lokasi penggambaran. Bayangkan untuk watak Aishah dalam drama terbaru yang masih lagi dalam penggambaran, Isteri Dalam Sangkar, saya banyak menderita.

“Pernah sekali, saya terpaksa menangis dan membiarkan diri ‘didera’ dari jam 8 pagi hingga tengah malam. ‘Mood’ saya jadi tidak menentu, malah saya banyak berdiam diri di lokasi penggambaran hingga ada yang menyangka saya mengalami kemurungan,” katanya.

Nina berkata, dia berdepan cabaran besar sepanjang menjayakan produksi 30 episod itu.

Akuinya, untuk 15 episod pertama, dia berterusan melakonkan babak didera seperti disimbah air, ditolak dan dibelasah.

“Penat bagaimanapun, saya cuba bertahan dan memberikan seperti yang diinginkan pengarah. Saya juga pernah diminta berbaring dalam longkang selepas babak kepala terhantuk dan hilang ingatan ketika penggambaran di Tanjung Karang.

“Memang letih, tetapi saya puas kerana dapat mengeluarkan segala emosi,” katanya.


Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar berkata, selepas tamat penggambaran drama itu, dia mahu berehat seketika daripada melakonkan watak berat.

“Saya perlu selesaikan penggambaran Isteri Dalam Sangkar yang masih berbaki sebulan lagi. Mungkin selepas itu, saya akan ambil watak ringan pula,” katanya.

Mengenai pencalonannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Nina yang sudah lima tahun berlakon enggan meletakkan harapan menggunung.

“Melihat nama calon lain seperti Neelofa, Nur Fazura dan Janna Nick yang jauh lebih popular, saya akur persaingan untuk edisi terbaru ini memang sengit. Dulu, saya pernah menaruh harapan tinggi ketika Andainya Takdir menjadi fenomena.

“Tetapi, apabila drama itu tewas, saya tidak lagi berani meletak harapan besar. Saya hanya berserah kepada rezeki dan percaya, jika kita ikhlas berkongsi bakat, lambat-laun kejayaan akan datang juga,” katanya. – BH Online

Kategori