Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sheera Iskandar Bakal Nikah...

KELIHATAN sepi seketika daripada muncul mana-mana produk baru di kaca televisyen dan layar...

“Buat Apa Saya Nak...

SHAH ALAM - Seorang saksi pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd.,...

Piala Sultan Azlan Shah:...

IPOH – Pasukan terbaik dunia, Australia mengetepikan cabaran India 4-2 dalam saingan Kejohanan...

Jadi Trend! Individu Bukan...

IBADAH berpuasa merupakan amalan wajib bagi setiap individu Muslim dan harus dilaksanakan selama 30...

Empat Sekawan Sesat Di Gunung Pulai 2, Ditemui Selamat

JOHOR BAHRU – Empat lelaki warga tempatan yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Pulai 2 dekat sini ditemukan selamat petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Mohd Bakhtiar Cik berkata ketika ditemui, dua daripada mereka mengalami luka ringan akibat digigit pacat.

Keempat-empat mereka dikenali sebagai Muhamad Aidil Amsir, Mohamad Raziff Mohamed Raffi, Mohamad Syafiq Sani dan Amar Fikri Othman, kesemua berusia 24 tahun.

“Mereka dipercayai mendaki gunung itu awal pagi tadi, dan sesat semasa menuruni gunung berkenaan sebelum menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

“Bomba mengerakkan sepasukan enam anggota ke tempat kejadian dan tiba 20 minit kemudian. Mangsa ditemukan kira-kira dua kilometer dari dataran tapak perkemahan kira-kira 1.44 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, malam ini.

Beliau menasihatkan orang ramai yang merancang ekspedisi mendaki gunung agar memaklumkan aktiviti mereka kepada pihak berkuasa bagi memudahkan urusan, sekiranya dilaporkan hilang ataupun sesat.


Sementara itu, di Muar pula, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun turut ditemui selamat setelah sesat sewaktu menuruni Bukit Muar petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Mohd Syafik Rejab berkata Mohd Firdaus Nizam ditemukan pada pukul 2.35 petang.

“Dia dipercayai tertinggal ketika menuruni bukit itu bersama empat rakannya yang lain. Dia bagaimanapun tidak cedera,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sesat

Kategori