Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Yayasan Akalbudi Tak Pernah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan...

Tony Pua Gagal Dapat...

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua gagal mendapat kebenaran Mahkamah...

Yang Di-Pertuan Agong Menerima...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

KFA Naikkan Harga Tiket...

ALOR SETAR - Harga tiket bagi menyaksikan semua perlawanan bola sepak di Stadium...

EPU, ICU Diarah Sedia Kertas Projek Naik Taraf Sekolah Daif

KOTA KINABALU – Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) diarahkan untuk menyediakan kertas kabinet berhubung projek menaik taraf sekolah daif di Sabah yang bermasalah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata projek menaik taraf sekolah daif yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri berjalan dengan baik dan berjaya menyiapkan 37 sekolah, namun projek menaik taraf 83 sekolah lagi yang diberikan kepada kontraktor (bukan seliaan JKR) kemajuannya cuma 12 peratus.

“Berdasarkan peruntukan pembangunan bagi 2018, sebanyak RM4.1 bilion sudah diluluskan untuk Sabah dan kita ingin memastikan peruntukan ini dapat dibelanjakan sepenuhnya demi membangunkan seluruh negeri.

“Keutamaan diberi kepada sektor pendidikan supaya sekolah-sekolah daif yang wujud di Sabah dibangunkan segera,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah di sini hari ini.

Beliau menyifatkan kegagalan itu sebagai pengkhianatan kepada masa depan anak-anak di Sabah yang tidak mendapat akses pendidikan sewajarnya.

Azmin berkata kertas kabinet itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat untuk menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan buat sekolah terlibat bagi melaksanakan langkah seterusnya.


Selain itu, beliau berkata bagi 2018 sahaja sebanyak RM184 juta telah diluluskan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), namun hingga suku ketiga tahun ini ia belum dibelanjakan.

Katanya tindakan itu menyebabkan agensi penguatkuasaan dan keselamatan seperti ESSCom serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menghadapi banyak masalah. – BERNAMA

Kategori