STRASBOURG, Perancis – Parlimen Eropah semalam meluluskan rang udang-undang kontroversi Kesatuan Eropah (EU) yang memberikan lebih kuasa kepada syarikat berita dan rakaman terhadap gergasi internet seperti Google serta Facebook.
Draf itu disokong media tradisional dalam usaha untuk menjana pendapatan pada era pengguna internet tidak lagi melanggan akhbar, manakala pendapatan daripada pengiklanan televisyen pula ditarik oleh platform online.
Ahli Parlimen Eropah (MEP) yang bersidang di bandar Strasbourg, Perancis mengundi dengan 438 menyokong rang undang-undang itu berbanÂding 226 menentang dan 39 lagi berkecuali.
Kalangan ahli MEP berbeza pendapat berhubung isu tersebut. Mereka bagaimanapun mencapai kata sepakat meÂngenai beberapa kaedah yang membolehkan organisasi beÂrita mengenakan caj terhadap syarikat internet untuk pautan kepada kandungan berita.
MEP juga melonggarkan cadangan untuk memuat naik penapis internet yang akan memaksa platform seperti YouTube atau Facebook memadamkan secara automatik kandungan yang melanggar hak cipta.
Draf undang-undang itu ditentang keras oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat dan aktivis-aktivis kebebasan internet.
Mereka bimbang penapis automatik untuk menghalang pengguna berkongsi kanduÂngan yang dilindungi hak cipta itu akan disalah guna untuk menapis mesej politik atau kebebasan bersuara yang lain. 
– AFP/KOSMO ONLINE