Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perancis Buka Semula Siasatan...

PARIS - Polis Perancis akan membuka semula siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines...

Madhu Kinnar Datuk Bandar...

SEBUAH bandar di India mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila seorang transgender, Madhu Kinnar, 35,...

Tabika Kemas Usaha Kebun...

UNIK… Tabika Kemas biasanya disinonimkan dengan aktiviti dalam kelas yang berkait rapat dengan...

96 Pelajar Di Al-Azhar,...

KUALA LUMPUR - Seramai 96 pelajar jurusan Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar,...

Facebook, Twitter Nafi Hasrat Masuki Pasaran China

WASHINGTON – Eksekutif kanan Facebook dan Twitter memaklumkan pembuat dasar semalam, mereka tiada rancangan untuk memasuki pasaran China, yang menyekat rangkaian sosial berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu.

Ketua pegawai operasi Facebook, Sheryl Sandberg menolak sebarang spekulasi bahawa platform terkemuka itu merancang sesuatu untuk China walaupun beberapa lawatan profil tinggi ke negara itu oleh ketua eksekutifnya, Mark Zuckerberg.

Sandberg berkata, capaian populasi terbesar China adalah penting terhadap misi Facebook menghubungkan dunia, namun menambah ‘untuk memasuki China, kita perlu melakukannya sesuai dengan nilai kita dan ia mustahil untuk dilakukan sekarang.’

Ketua eksekutif Twitter, Jack Dorsey, yang hadir dalam perbicaraan sama Jawatankuasa Perisikan Senat, berkata sebagai maklum balas terhadap soalan sama, syarikatnya tiada rancangan berpindah ke China.

“Apabila kami disekat, kami memutuskan ia bukan satu perjuangan yang bermakna sekarang dan kami mempunyai keutamaan lain,” kata Dorsey.

Facebook dan Twitter adalah antara perkhidmatan sesawang asing disekat kerajaan Beijing pada 2009 sebagai sebahagian tindakan keras menyasar membendung aliran maklumat daripada penentang. Perkhidmatan sesawang berpusat di China ditapis dan dipantau dengan ketat.


Laporan terbaharu mengatakan, Google menimbang kembali ke China dengan enjin carian yang boleh diterima kerajaan Beijing, meningkatkan kebimbangan di kalangan kakitangan Google dan aktivis hak asasi manusia.

Google tidak mengulas secara terbuka namun sesetengah laporan menyifatkan usaha itu sebagai percubaan. – AFP/BH ONLINE

Kategori