Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aspek Baharu KBAT Dalam...

NILAI - Aspek baharu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Ujian Pencapaian Sekolah...

`Saya Tidak Berdendam Dengan...

JOHOR BAHRU : Keluarga mangsa insiden bunuh isteri dan bayi lelaki, semalam tidak...

Liew Daren, Zii Jia...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren berada dalam kelas tersendiri...

Jutawan India Lunas RM17j...

DUBAI - Seorang ahli perniagaan dari India membelanjakan 15 juta dirham (kira-kira RM17.5...

Fahami Hak Dan Peranan Sebagai Pengguna – Dr Wan Azizah

KENINGAU – Rakyat perlu berusaha memahami hak dan peranan mereka sebagai pengguna bagi mengelak daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata sekiranya mereka memahami hak dan peranan sebagai pengguna, mereka akan berupaya memainkan peranan sebagai penentu harga barangan di pasaran.

“Ini boleh dilakukan sekiranya setiap kita bijak dalam merancang dan mengawal perbelanjaan kita. Berbelanjalah dengan bijak dan membeli apa yang perlu sahaja dan buatlah perbandingan harga di premis-premis sebelum melakukan sebarang pembelian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Memperkasa Komuniti Pengguna bersempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di sini hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew dan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Jamil Salleh.

Menurut Dr Wan Azizah, pengguna juga perlu memainkan peranan mereka sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat berkaitan salah laku peniaga.

Katanya pengguna boleh menyampaikan aduan melalui pelbagai saluran yang disediakan KPDNHEP termasuk aplikasi WhatsApp.

“Begitu mudah, hanya ambil gambar, taipkan maklumat premis, dan hantar sahaja melalui WhatsApp Kementerian (019-2794317). Saya diberi jaminan oleh KPDNHEP bahawa tindakan ke atas setiap aduan akan diambil dalam tempoh 24 jam,” katanya.


Menurutnya pengguna perlulah membantu kerajaan menerusi penyaluran maklumat ke saluran yang telah ditetapkan memandangkan bilangan pegawai di KPDNHEP adalah terhad.

Pada majlis berkenaan, Dr Wan Azizah turut melancarkan Program Bank Makanan Malaysia, satu program untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah.

Katanya beliau percaya program itu boleh menjadi titik tolak permulaan untuk meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Saifuddin Nasution dalam ucapannya berkata Majlis Tindakan Kos Sara Hidup yang diaktifkan semula oleh kerajaan dan dipengerusikan Dr Wan Azizah akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 27 Sept ini.

Katanya majlis yang dianggotai pelbagai kementerian berkaitan itu akan bertanggungjawab mengumpul semua aduan rakyat berkaitan kos sara hidup dalam segala aspek dan akan mengambil tindakan menyelesaikannya. – BERNAMA

Kategori