Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Guna Teknologi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji penggunaan teknologi terowong dalam industri pembinaan kerana...

1MDB: Arul Kanda Sahut...

PRESIDEN dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini manyahut cabaran...

Polis Buru 3 Lelaki...

KINABATANGAN - Polis sedang memburu tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata...

Pelan Anti Rasuah Nasional...

PUTRAJAYA - Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang memperincikan usaha kerajaan menangani...

FAM Bimbang Kemasukan Pengadil Import

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melahirkan kebimbangan syarikat pengurusan bebas pengadil profesional yang dicadangkan Malaysia Football League (MFL), akan membuka laluan untuk kemasukan pengadil import ke kancah bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh berkata pihaknya menerima baik inisiatif itu demi meningkatkan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga-M), namun berharap ia tidak membuka ruang untuk kemasukan pengadil luar negara.

“Saya setuju kalau untuk kebaikan bola sepak kita, kami tidak ada masalah dan kita boleh bekerjasama. Tetapi saya tidak mahu lihat ia sebagai batu loncatan untuk bawa pengadil luar sehingga mengabaikan pengadil kita, itu yang saya bimbang. Saya berharap itu bukan sasaran utama MFL.

“Sebagai contoh di Arab Saudi, mereka tidak terima langsung pengadil tempatan, semua pengadil diambil dari luar sehingga dalam liga divisyen tiga dan sekarang kita boleh tengok sendiri mana pergi pengadil Arab Saudi? Semuanya hilang,” katanya pada sidang media bulanan jawatankuasa tersebut di Wisma FAM, hari ini.

MFL sebelum ini berkata mahu membentuk sebuah syarikat pengurusan bebas pengadil profesional sebagai usaha meningkatkan kualiti dan mutu pengadilan dalam perlawanan Liga-M pada masa depan.

MFL berkata idea membentuk syarikat itu berdasarkan sebuah kajian kes, ‘Professional Game Match Officials Limited’ (PGMOL)’ yang digunakan dalam pengurusan pengadilan di beberapa liga bola sepak dunia.

Subkhiddin menjelaskan FAM juga sentiasa mengambil langkah meningkatkan kemampuan pengadil Malaysia, termasuk bekerjasama rapat dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai sistem pengadilan.

“Ada juga cadangan pertukaran pengadil. Baru-baru ini pun India ada panggil pengadil kita untuk mengadili perlawanan Liga Super India (ISL). Kita sedang bincang bagaimana kualiti di ISL dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan kualiti pengadil kita.


“Sebentar tadi, pembantu pengadil Piala Dunia Wanita FIFA, Widya Habibah Shamsuri juga ada bentangkan mengenai program meningkatkan dan melatih pengadil di peringkat akar umbi. Program itu akan dilaksanakan di Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dahulu sebagai projek perintis sebelum dikembangkan ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga meminta masa dan peningkatan bajet daripada FAM untuk mengadakan lebih banyak kursus dan perjumpaan dengan pengadil.

Pada masa ini, terdapat 236 pengadil di bawah FAM yang mengadili pelbagai peringkat kejohanan.

Sementara itu, Subkhiddin berkata pihaknya berpuas hati dengan kualiti pengadilan pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak, melibatkan acara bola sepak yang berlangsung dari 6 hingga 20 Sept lepas, walaupun mengakui terdapat beberapa kesilapan kecil daripada pihak pengadil.

Mutu pengadilan perlawanan Kumpulan B antara Johor dan Terengganu di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada Sukma lepas, menerima kritikan pelbagai pihak termasuk Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila kekecohan ketika perlawanan itu, dikatakan boleh dielak sekiranya pengadil bersikap tegas. – BERNAMA

Kategori