Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Kakitangan Awam, Pesara...

BUTTERWORTH - Lima penjawat awam dan seorang pesara mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Cubaan Bunuh Diri Di...

SHAH ALAM: Kes cubaan bunuh yang berlaku pada akhir-akhir ini dianggap serius selepas...

KAFA Berhajat Dapatkan Jurulatih...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) lebih berminat untuk mendapatkan jurulatih...

Mangsa Kencing Tikus Di...

ALOR SETAR - Remaja lelaki yang dimasukkan ke hospital pada pagi Selasa lalu...

Ford Panggil Semula 2 Juta Trak Pikap

WASHINGTON – Ford Motor Co (Ford) memanggil semula kira-kira dua juta trak pikap di Amerika Utara, susulan masalah tali pinggang keledar, yang dilaporkan mampu menghasilkan percikan api, sekali gus menyebabkan kebakaran.

Syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar di Amerika Syarikat itu berkata, mereka menerima 17 laporan membabitkan percikan api dan asap di negara itu dan enam lagi di Kanada, namun tiada maklumat mengenai kecederaan.

Menurut Ford, ketika kemalangan, satu peranti yang berfungsi sebagai alat penegang bertujuan mengunci tali pinggang keledar di kedudukan, mampu mengeluarkan cas letupan.

Katanya, peranti itu juga berupaya mengeluarkan percikan api pada kadar berlebihan.

Sehubungan itu, Ford berkata, mereka akan memperbaiki masalah masalah itu secara percuma dan langkah keselamatan itu akan membabitkan kos AS$140 juta (RM579.6 juta).


Ford berkata, ia membabitkan 1.62 juta kenderaan di Amerika Syarikat; 340,000 (Kanada) dan 37,000 (Mexico) bagi kenderaan model 2015-2018 Ford F-150 Regular Cab dan SuperCrew Cab. – Reuters/BH ONLINE

Kategori