Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

“Ada Cubaan Kaitkan Saya...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, P. Ramasamy mendakwa wujud...

Video: Remaja Buat Aksi...

GARA-GARA terlalu berseronok, mungkin kali pertama menaiki kereta atau kali pertama mahu menjejakkan...

Video: “Bang, Saya Dah...

"BANG, saya dah tengok dah," demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang...

Gambar BlackBerry Rio Tertiris,...

Dengan pengenalan beberapa peranti dengan sokongan papan kekunci, pihak BlackBerry masih tidak melupakan...

Formula Baharu Politik Untuk Ganti Pakatan Harapan

SATU formula pakatan dan kerjasama politik antara UMNO dan parti-parti lain boleh ditubuhkan untuk menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan bagi menggantikan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pakatan baharu itu kemungkinan melibatkan UMNO dengan PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah serta PKR.

Katanya, formula baharu ini mampu membentuk satu gabungan politik yang berkeupayaan memberi saingan kepada PH.

“Malaysia waktu ini akan dicorakkan oleh ‘one political coalition against a myriad of political parties.’ Maknanya, semua parti politik mempunyai pengaruh dan kepentingan strategik sendiri dalam pembentukan kerajaan. Setiap satunya harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.

“Tidak mustahil untuk UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah, bergabung bersama PKR dan menubuhkan sebuah gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’, bukan lagi ‘Pakatan Harapan’,” katanya dalam surat untuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri itu yang mendakwa UMNO sudah musnah dan kerana itu PPBM ditubuhkan.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, UMNO masih parti terbesar di Parlimen dan mendapat kepercayaan sebahagian besar orang Melayu.


“UMNO jauh lebih dominan, kuat dan berpengaruh berbanding PPBM, walaupun sokongan terhadapnya nyata semakin susut. Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus menghidupkan UMNO. Kerana bagi kami, UMNO ini bukan sekadar sebuah parti.

“Ia adalah gerakan kebaikan untuk bangsa Melayu. Ia adalah sebuah institusi politik Melayu nan satu-satunya. Apatah lagi pada orang Johor seperti saya. UMNO, bagi orang Melayu Johor, sudah menjadi sebahagian daripada nyawanya,” katanya.

Katanya, UMNO mengerti isyarat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu namun parti itu tidak akan terus pasrah dan berpeluk tubuh sebaliknya akan dirawat dan dipulihkan.

“Itulah fitrah kehidupan. Kami tidak menyesal. Kami akan belajar dari kesilapan. UMNO faham pengajaran besar ini dan berhasrat untuk tidak mengulanginya lagi.

Insya-Allah kami akan islahkan UMNO,” katanya. – BH/Mynewshub.tv

Kategori