Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

BN Johor Diberi Sasaran...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran 20 kerusi perlu dimenangi BN...

Cukuplah Kekayaan Seputar Elit

KUALA LUMPUR - Sudah cukup peluang ekonomi dan penciptaan kekayaan dikaut golongan elit,...

Tebing Sungai Runtuh Akibat...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan tebing di sebuah...

Produk Dutch Lady Malaysia...

PETALING JAYA - Dutch Lady Malaysia memberi jaminan bahawa semua produknya adalah selamat...

Gabungan Baharu Perlu Bagi Perkasa BN – Noraini

KUALA LUMPUR – Kepimpinan UMNO dicadang supaya mewujudkan gabungan baharu bagi memperkasakan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggap lesu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad berkata gabungan baharu itu harus mengutamakan kemajmukan masyarakat negara ini tanpa meminggirkan kepentingan kaum masing-masing.

“Bila saya bercakap mengenai gabungan baharu, ia tidak semestinya gabungan dengan badan politik. Ada golongan seperti sukarelawan dan NGO (badan bukan kerajaan) yang mahu bersama kita. Jadi saya harap Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melihat perkara ini.

“Sekarang ini kita bercakap tentang politik matang. Ini bukan sahaja parti ini kena wakili parti ini, tetapi kita juga ada NGO dalam parti seperti KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) sebagai parti gabungan. Ini bermaksud kita boleh ajak individu dan kumpulan lain untuk bersama kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya pada Persidangan Wanita UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Katanya cadangan gabungan baharu tersebut perlu dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN. – BERNAMA

Kategori