Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RTM Buat Typo Lagi:...

DAH macam trend pula bila sejak kebelakangan ini, bermacam-macam typo atau kesalahan ejaan...

Tun M: Jika Tak...

BANGI - Memperolehi sesuatu pengetahuan melalui bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, tidak akan...

Malim Gunung Kinabalu Digelar...

KUNDASANG - Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung...

Alasan!! Fahmi Fadzil Kata...

Selepas tersebarnya satu dokumen yang dikatakan, dokumen rahsia dan sulit berkenaan "Langkah Kajang"...

Gadis Kuih Bulan Tokoh OKU Maal Hijrah Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kegigihan gadis orang kelainan upaya (OKU) Haziqah Nurulhuda Harun dalam menyediakan kuih bakul dan kuih bulan halal, melayakkan beliau menerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (Perempuan) pada majlis sambutan Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.

Gadis berusia 22 tahun itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kisahnya pernah disiarkan Bernama pada awal 2017 dan menjadi tular di laman sosial serta inspirasi rakyat Malaysia yang kagum dengan kegigihannya yang cekal untuk berdikari dengan mengusahakan perniagaan kuih bakul serta kuih bulan.

Haziqah yang lebih mesra dikenali sebagai Yaya mula mengusahakan kuih bakul dan kuih bulan berseorangan dari rumahnya di Kemaman pada 2016 dan kini mempunyai 65 pekerja untuk melebarkan lagi empayar perniagaannya, Sedeh Sokmo MMDT Enterprise.

“Alhamdulillah, anugerah ini menguatkan lagi semangat Yaya untuk terus berjihad memartabatkan ekonomi orang Islam melalui perniagaan makanan.

“Yaya juga berharap kejayaan ini akan membuka mata lebih ramai golongan OKU agar tidak berasa rendah diri dengan kekurangan mereka kerana di sebalik kekurangan ini pasti ada keistimewaan yang telah Allah cipta untuk kita terus menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” katanya yang terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak berikutan lumpuh dari pinggang ke bawah.

Ketika mula berniaga pada 2016, Yaya hanya mengeluarkan produk dengan dua perisa sahaja iaitu perisa asli serta durian namun beliau terus mencipta kelainan apabila menampilkan 32 resepi dan akan mengeluarkan enam resepi baharu khas untuk keluaran produk premium sebelum akhir bulan ini.


Enggan terus berada dalam zon selesa, Yaya juga konsisten menambah ilmu perniagaan dengan menyertai kelas strategi pemasaran menggunakan medium sosial Facebook sejak tahun lalu.

“Yaya mahu terus menyediakan kuih bakul dan kuih bulan halal untuk santapan rakyat Malaysia serta negara jiran terdekat seperti Singapura dan Indonesia pada masa akan datang.

“Semoga jihad kecil Yaya dalam perniagaan ini memberi impak positif kepada ekonomi setempat khususnya peluang pekerjaan kepada komuniti dan sektor makanan halal dalam negara,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • OKU

Kategori