Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Hias Rumah Keluarga,...

APABILA seorang pelukis Gothic dari Los Angeles, Christine McConnell memutuskan untuk menghias rumah...

Johor Sedia Peruntukan Hampir...

JOHOR BAHARU - Kerajaan Johor memperuntukkan hampir RM1` juta tahun ini kepada 133...

Ketua Dewan Ulamak PAS...

BIDOR - Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh cedera...

Jika MH370, MH17 Dan...

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu...

Gaji Naik Cuma RM50 Hina Maruah Pekerja – PSM

HINA… Pengumuman gaji minimum bulanan RM1,050 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam adalah langkah penghinaan kepada pekerja bergaji rendah di Malaysia.

Malahan menurut anggota jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan, ia adalah satu bentuk penipuan amat dashyat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini konon mahu naik kepada RM1,500.

“Semasa 22 tahun pemerintahan Mahathir sebagai perdana menteri keempat, beliau tidak pernah benar Akta Gaji Minimum digubal walaupun anak-anaknya sendiri adalah antara orang terkaya di Malaysia dan menjadi jutawan.

“Apabila Akta Gaji Minimum digubal pada tahun 2012, ramai rakyat biasa dan kesatuan sekerja yang gembira tetapi Mahathir sama sekali tidak berpuas hati. ‘Mahathir 2.0’ nampaknya tidak banyak yang telah berubah,” katanya.

Arutchelvan turut mempertikaikan kewujudan Majlis Gaji Minimum Negara (MGMN) memandangkan keputusan secara muktamad akhirnya tetap dibuat sendiri oleh jemaah kabinet PH yang jauh lebih berkuasa.

Walhal katanya, pihak MGMN telah mencadangkan RM1,250 untuk Semenanjung Malaysia, kadar yang hampir dengan manifesto PH, tetapi jika gaji perlu diseragamkan, mereka mencadangkan RM1,170 di seluruh negara.

Sementara Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pula mengusul kenaikan hanya RM50 bermula dari Januari 2019 yang bermaksud RM1,050 atau RM5.05 sejam dengan kadar itu diseragamkan termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Mahathir umum apa diusulkan majikan. Bukankah ini bererti kepentingan pekerja telah dilelong sepenuhnya oleh Mahathir? Saya fikir tidak masuk akal ada MGMN jika keputusan muktamad dibuat Kabinet,” kata Arutchelvan.

Justeru, PSM ujar beliau menyeru anggota MGMN untuk meletakkan jawatan mereka sebagai langkah bermaruah, memandangkan hanya suara golongan majikan dan orang kaya sahaja yang ada nilai dan didengar kerajaan PH.


“MGMN juga telah banyak membuang masa dan duit dengan tidak mempunyai lokus untuk menentukan kadar gaji minimum. Adalah lebih baik elaun mereka digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah,” katanya.

Arutchelvan turut mempersoalkan pemimpin PH yang sebelum ini lantang perjuang hak pekerja namun kini terbukti telah mengecewakan kaum pekerja tempatan berdasarkan pengumuman oleh Mahathir tersebut.

“Apakah semua jaguh pekerja dalam PH akan bersuara atau akan tutup mulut? Adakah mereka ada keberanian untuk lawan kenyataan perdana menteri yang merupakan satu penghinaan kepada hak dan maruah pekerja?

“Adakah mereka akan membuka mulut mereka dan berdiri dengan pekerja atau lebih rela menyembah Mahathir dan rakan-rakannya yang memang kaya? Saya menanti hujah daripada kawan-kawan Yang Berhormat PH sendiri.

“Ini terutama yang dilihat membela kaum pekerja – M. Kulasegaran, Abdullah Sani, Charles Santiago, Mohamad Sabu, Hanifa Maidin, P Ramasamy, Maria Chin Abdullah, R Sivarasa, Tian Chua dan Nurul Izzah,” katanya.

Kategori