Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hadi Awang Ucap Takziah...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua...

Abang Libas Adik Hingga...

Kuching : Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilibas abangnya menggunakan parang sabit dalam...

Pelepasan OBB Bagi Peluang...

PUTRAJAYA : Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah...

Bayi Umur Sebulan Terpaksa...

NEW DELHI - Pelik tapi benar. Seorang bayi yang baru berusia sebulan di...

Gaza Berdepan Malapetaka Ekonomi

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin berkata, situa­si di Gaza seperti berdepan ‘malapetaka’ selepas 11 tahun mengalami kepungan ekonomi.

Badan dunia itu turut memberi amaran bahawa tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menghentikan bantuan bakal menambah kesengsaraan kepada pela­rian Palestin.

“Situasi di Gaza menjadi semakin te­ruk. Ia satu malapetaka,” kata Isabelle Durant yang merupakan Timbalan Ketua agensi pembangunan PBB (UNCTAD) kepada pemberita.

Dalam satu laporan terbaru, agensi PBB itu berkata ekonomi Palestin yang telah lama ditindas oleh penjajahan Israel, terjejas teruk berikutan penurunan mendadak sokongan antarabangsa kepada negara itu, sebelum pemotongan bantuan secara dramatik Was­hington.

Tahun lalu, bantuan pembangunan antarabangsa kepada rakyat Palestin merosot lebih daripada 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada AS$2 bilion (8.3 bilion), Palestin hanya menerima AS$720 juta (RM2.98 bilion) iaitu berjumlah satu pertiga dalam tempoh sedekad sebelumnya, menurut laporan UNCTAD.

Penurunan sokongan dramatik ini datang sebelum pentadbiran Presiden AS, Donald Trump memutuskan untuk menghentikan sepenuhnya pembiayaan untuk agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) yang sebelum ini berjumlah sekitar AS$350 juta (RM1.45 bilion) setahun.


Pentadbiran Trump turut membatalkan sejumlah AS$200 juta (RM829 juta) dalam pembayaran oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) kepada rakyat Palestin.

Malah hujung minggu lalu, beliau mengatakan akan mengurangkan lebih AS$25 juta (RM103 juta) bantuan langsung kepada enam buah hospital yang menawarkan perkhidmatan pada penduduk Palestin di Baitulmuqaddis.

“Sokongan antarabangsa yang merosot, ditambah dengan pembekuan dalam pembinaan semula Gaza dan ketidaktentuan pembia­yaan awam dan swasta menyebabkan masa depan Palestin terus suram,” kata UNCTAD dalam satu kenyataan. 
– AFP/KOSMO ONLINE

Kategori