Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Singapura Lemas...

KEMAMAN – Mayat wanita warganegara Singapura yang lemas selepas menyertai aktiviti berkayak di...

4 Warga Vietnam Geng...

ALOR SETAR - Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam dipercayai anggota Geng...

Dua Ekor Buaya Tembaga...

MELAKA - Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung...

Perhilitan Kelantan Pindah Gajah...

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor...

Gred Penjawat Awam JPV Akan Dikaji Semula

TAWAU – Kerajaan Negeri Sabah sedang melakukan kajian bagi menyelesaikan isu gred perjawatan penjawat awam khususnya di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah yang tidak seragam dengan rakan sejawatan mereka di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof berkata kerajaan negeri memahami kesulitan penjawat awam di negeri ini khususnya mereka yang telah lama berkhidmat.

“Kalau sudah siap kajian ini, kita akan usaha untuk lakukan penstrukturan menaikkan pangkat mereka yang layak tetapi perkara ini juga bergantung kepada kewangan Kerajaan Negeri untuk direalisasikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Harun Abbas dan beberapa kakitangan lain di sini malam tadi.

Harun bersara setelah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam negeri Sabah.

Katanya, menaikkan gred penjawat awam (JPV) memerlukan kenaikan dua kali kerana jurang gred sedia ada agak jauh dengan kakitangan di Semenanjung Malaysia.


Terdahulu dalam ucapannya Dr Daud berkata industri ternakan di Sabah masih jauh ketinggalan dan perlu dipertingkat dengan kerjasama semua pihak berkepentingan.

“Kita minta pegawai di jabatan veterinar untuk membantu mempertingkat pengeluaran ternakan. Begitu juga dengan penternak dan syarikat swasta (perlu) bersama-sama memajukan industri ini,” katanya.

Dr Daud juga berkata kerajaan baharu kini merancang meningkatkan pengeluaran daging dan banyak pelabur sudah menyatakan minat melabur di dalam industri ini termasuk dari Australia. – BERNAMA

Kategori