Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala...

Ibu Muda Bersama 2...

SEREMBAN - Seorang ibu muda bersama dua anaknya sempat menyelamatkan diri selepas terhidu...

PBB Setuju Beri Pengecualian

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB), New York – Maj­lis Keselamatan PBB akan menyokong cadangan...

Bapa Maut Dibaham Buaya...

MALANG memang tidak berbau.Leka memasang belat bagi menangkap ikan, seorang bapa, Idris Yakub, 56,...

Guan Eng Cuba Perbodoh Rakyat Isu Kejatuhan Nilai Ringgit?

KUALA LUMPUR – Adakah Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap rakyat Malaysia terlalu mudah diperbodohkan dalam isu kejatuhan berterusan nilai ringgit sejak Malaysia diperintah kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, jawapan balas Guan Eng terhadap sindiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kejatuhan nilai ringgit yang berterusan dibawah pimpinan kerajaan PH baru-baru ini semata-mata bersifat muslihat yang cuba menipu rakyat daripada perkara sebenar.

“Peliknya, sudahlah niat buruk itu jelas ada, muslihatnya pun terlalu cetek sehingga menimbulkan tanda tanya adakah Guan Eng juga menganggap rakyat Malaysia ini terlalu mudah diperbodohkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahril Sufian berkata, Guan Eng dalam jawapan balasnya keatas sindiran Najib mendakwa ringgit adalah antara mata wang terbaik di dunia kerana nilai ringgit hanya susut 2.2 peratus sepanjang tahun ini iaitu bermula Januari.

Kata beliau, Guan Eng bagaimanapun tidak menyebut fakta utama berhubung perkara iaitu siapakah yang menjadi kerajaan Malaysia dari Januari hingga Mei 2018 yang membolehkan nilai ringgit berada pada tahap yang terbaik di dunia.

Tambah beliau, tindakan Guan Eng membuat perbandingan menggunakan nilai ringgit pada awal tahun 2018 bukan sahaja tidak tepat, malah bertujuan mengaburi mata rakyat agar tidak menampakkan kegagalan kerajaan PH mengemudi kedudukan kewangan negara ke arah yang lebih baik.

Menurut beliau, Guan Eng sepatutnya hanya mengambil kira kedudukan nilai ringgit sejak PH mengambil alih tampuk pentadbiran negara iaitu pada paras RM3.95 pada 8 Mei 2018 iaitu sehari sebelum kemenangan PH sebagai jawapan balasnya, bukan nilai pada awal Januari RM4.03 yang ketika itu dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jika dikira nilai semenjak kemenangan PH, nilai ringgit susut sebanyak 4.7 peratus berbanding nilai pada hari ini iaitu RM4.14. Trend penurunan ini juga adalah sangat ketara berbanding sebelum PRU-14 yang mana pada ketika itu nilai ringgit meningkat dari RM4.03 pada Januari kepada RM3.95 sehari sebelum PRU-14,” jelasnya.

Malah, kata beliau, kerajaan PH bagi memastikan nilai ringgit tidak terus merosot telah terpaksa mencairkan rizab antarabangsa sebanyak lebih USD5bilion sejak kemenangan mereka yang bermakna nilai ringgit sudah tentu akan merosot jauh lebih teruk jika keputusan mencairkan rizab antarabangsa itu tidak dibuat.


Walhal, jelas beliau, dibawah pemerintahan kerajaan BN dalam tempoh Januari sehingga April 2018 bukan sahaja telah menaikkan nilai ringgit, malah rizab antarabangsa sepanjang tempoh tersebut juga telah meningkat sebanyak hampir USD6bilion.

Kata beliau, adalah malang buat negara disebabkan kegagalan kerajaan PH mengurus kedudukan kewangan negara dengan baik, USD5bilion itu telah terpaksa digunakan bagi menampung kelemahan mereka.

Justeru, katanya, sindiran Najib keatas kerajaan PH ada asasnya kerana PH sebelum menjadi kerajaan sering memomokkan rakyat bahawa mereka mampu menaikkan nilai ringgit jika rakyat mengalahkan BN, menumbangkan Najib dan memenangkan PH.

“Namun selepas menjadi kerajaan, perkara sebaliknya pula berlaku. Nilai ringgit terus jatuh dari sehari ke sehari. Itu sahaja yang ditanya atau disindir. Siapa sangka Guan Eng boleh menjadi tak keruan sehingga menulis kenyataan yang tersimpang jauh dari taraf seorang bergelar Menteri Kewangan.

“Menteri Kewangan seharusnya menerima teguran dan memikirkan bagaimana nilai ringgit mampu diperkukuh. Namun melihatkan beberapa keputusan u-turn serta flip-flop kerajaan PH disamping sikap angkuh menteri, saya khuatir Ringgit Malaysia akan terus berada dalam keadaan menyusut seperti mana jangkaan yang dibuat oleh pakar ekonomi dunia,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori