Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan...

Pegawai Kanan Polis Didakwa...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di...

Lebih 820,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Lebih 820,000 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara selepas disenaraihitam...

Mohamad Asri ‘Hidup Semula’...

"SESUNGGUHNYA kejadian ini benar-benar satu keajaiban," sayup tapi jelas, kata-kata itu menerjah pendengaran Mohamad Asri...

Guardiola Kembali Untuk Pulihkan Pasukan

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akan kembali bersama pemainnya dalam kunjungan ke Cardiff City minggu ini dalam misi untuk bangkit semula selepas kekalahan mengejut kepada Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara di laman sendiri pada pertengahan minggu.

Pengurus skuad juara Liga Perdana Inggeris itu yang menjalani penggantungan satu perlawanan UEFA selepas diarahkan meninggalkan padang ketika tewas kepada Liverpool di suku akhir pada musim lalu, menyaksikan anak buahnya beraksi longlai ketika kalah kepada kelab dari Perancis, Lyon.

Selepas mengumpul 100 mata dalam saingan Liga Perdana musim lalu, misi untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara kini buat kali pertama dalam sejarah City menjadi fokus utama Guardiola.

Kekalahan yang tidak diduga itu dalam permulaan kempen Eropah mendedahkan kegagalan City memperkuatkan pasukan di mana mereka tidak memiliki pilihan ramai pemain dalam pasukan.

Pemain tengah bertahan Brazil, Fernandinho antara tonggak kejayaan City dalam tempoh lima tahun beraksi dalam Liga Perdana, namun dia dipersalahkan kerana menjadi punca kepada jaringan Lyon.

Pemain berusia 33 tahun itu mungkin direhatkan dalam perlawanan dengan Cardiff minggu ini selepas beraksi dalam tujuh perlawanan City setakat ini.


Namun City sanggup pula berbelanja besar bagi menguatkan bahagian serangan dengan membawa masuk pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez dengan rekod pembelian kelab 60 juta pound (RM329 juta).

Meskipun kehilangan pemain perancang Belgium, Kevin De Bruyne akibat kecederaan, Mahrez hanya diturunkan dua kali dalam kesebelasan utama bagi perlawanan liga setakat ini dan belum pernah beraksi selama 90 minit untuk Guardiola.

“Riyad akan kembali ke prestasi terbaiknya seperti ketika beraksi dengan Leicester,” tegas Guardiola yang menyatakan prestasi Bernardo Silva lebih baik untuk berada dalam permainan City setakat ini. – AFP/BH ONLINE

Kategori