Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Negeri Sembilan Jangka Mula...

Seremban: Aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Negeri Sembilan dijangka...

Orang Utan Miang Cium...

BEIJING - Siapa sangka spesies primat pun pandai 'menggatal' dengan wanita. Namun itulah...

Pelajar Tahun 6 Mati...

MERSING - Seorang pelajar darjah enam meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam...

Tidak Kurangkan Kuota Haji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji walaupun terpaksa menanggung...

Guna Teknologi Moden Bangunkan Sektor Pertanian

TAWAU – Masyarakat peladang, penternak dan nelayan di Sabah perlu menguasai penggunaan teknologi moden untuk membangunkan sektor pertanian ke arah lebih maju di negeri ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Wong Hong Jun @ Junz Wong.

Katanya pemindahan dan penggunaan teknologi pertanian moden dapat mempercepatkan proses transformasi pertanian ke arah lebih maju sekaligus mengurangkan kos pengeluaran, menjimatkan tenaga dan masa.

“Pertanian pada masa kini perlu dibuat dalam saiz berskala besar, saiz ladang yang ekonomi dan dilaksanakan secara komersial. Ini bagi membolehkan petani mendapat pulangan pendapatan maksimum,” katanya dalam teks ucapannya pada majlis penutupan Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri, di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan pembantunya, Dr Daud Yusof.

Sempena konvensyen sehari yang disertai 150 peserta itu, empat kertas kerja dibentangkan.

Selain itu, corak dan amalan pertanian sedia ada juga perlu diubah daripada pertanian secara tradisional dan bersifat sara diri kepada amalan pertanian berorentasikan pasaran serta permintaan.

Menurut Wong, produk pertanian yang dikeluarkan juga mestilah selamat dimakan dan berkualiti bagi mencapai tahap pensijilan akreditasi ladang tertentu.


Sementara itu, Wong berkata, kementeriannya memberi fokus dan penekanan kepada beberapa pengeluaran produk bahan makanan yang sememangnya boleh diusahakan atau dapat ditanam atau diternak di negeri ini.

Contohnya, pengeluaran padi seharusnya ditingkatkan lagi kerana ketika ini petani di Sabah hanya berupaya menampung 20-25 peratus keperluan padi tempatan.

“Pengeluaran padi boleh ditingkatkan berdasarkan kepada keluasan sawah padi yang sedia ada iaitu seluas 40,314 hektar dan penggunaan teknologi baharu terbukti berjaya menghasilkan lebih 10 metrik tan padi sehektar,” katanya. – BERNAMA

Kategori